Saturday, September 08, 2012

Tiada Isu Pelajar Jadi "Guinea Pig"


Mohamed Khaled bersalaman dengan mahasiswa baru UTM.

JOHOR BAHRU - Isu pelajar yang dikatakan menjadi bahan kajian atau guinea pig tidak akan timbul walaupun sistem pengajaran dam pembelajaran di negara ini berubah kerana ia dilakukan mengikut keperluan semasa.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua perlu menerima hakikat bahawa sistem pendidikan negara adalah komoditi yang bersifat global dan ia terdedah kepada saingan, cabaran serta perlu melalui dinamiknya tersendiri.

Menurutnya, perubahan dalam sektor pendidikan negara dilakukan bagi menampung dan membantu pelajar untuk menjadi sebuah golongan yang mampu menyumbang kepada modal insan yang diperlukan dalam memajukan negara.

“Jika kita cakap soal bahan eksperimen atau guinea pig, ia seolah-olah menunjukkan yang sistem pendidikan kita tidak berkesan dan ramai pelajar tercicir yang mana jumlah kemasukan pelajar tinggi namun yang menamatkan pengajian adalah sedikit.

“Namun, senario tersebut nyata tidak berlaku di negara kita di mana jika ada yang tercicir pun disebabkan oleh ponteng kelas dan sebagainya,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi bersama

Mahasiswa Baru Sesi 2012/2013 dan Penyampaian Anugerah Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, semalam.

Majlis yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM, Prof Mohd Tajuddin menghimpunkan lebih 2,500 penuntut baru daripada pelbagai jurusan.

Dalam pada itu Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin terutama dalam mencapai matlamat menjadi mahasiswa berminda kelas pertama.

SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...