Saturday, October 20, 2012

90% Graduan Perda-Tech Dapat Pekerjaan

  Pengajar.Info       Saturday, October 20, 2012

BUTTERWORTH — Kajian menunjukkan 90 peratus lepasan Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda-Tech) berjaya mendapat pekerjaan atau melanjutkan pengajian setakat ini.

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff berkata, kajian itu juga membuktikan latihan kemahiran yang dilaksana di Perda-Tech berjaya.

"Sejak ditubuhkan pada tahun 1989 dan sehingga kini, lebih daripada 6,000 pelajar telah dikeluarkan oleh Perda-Tech," katanya semasa berucap merasmikan konvokesyen keempat Perda-Tech, di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan kaji selidik itu juga 49 peratus lulusan Perda-Tech menerima pendapatan bulanan antara RM1,500 hingga RM2,000, manakala 45 peratus menerima antara RM1,000 hingga RM1,500.

"Selebihnya memperoleh pendapatan melebihi RM2,000 ke atas dan ini juga membuktikan Perda-Tech telah berjaya meningkatkan taraf sosial ekonomi masyarakat khususnya yang berada di kawasan luar bandar," katanya.— BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 90% Graduan Perda-Tech Dapat Pekerjaan

Previous
« Prev Post

No comments: