Wednesday, October 17, 2012

Berkesankah Pen­didikan Lalu Lintas Shell?

  Pengajar.Info       Wednesday, October 17, 2012
Pertandingan Lalu Lintas Shell - Gambar Hiasan

Program Pendidikan Lalu Lintas Shell harus dikaji bagi mengetahui kesannya ke atas pesertanya

SIBU: Kajian menyeluruh mengenai Program Pen­didikan Lalu Lintas Shell seharusnya dijalankan bagi mengetahui kesan dan impak program tersebut ke atas diri kanak-kanak yang terlibat, kata Menteri Pembangu­nan Infrastruktur dan Per­hubungan Dato Sri Michael Manyin.

Beliau berkata, keberke­sanan dan impak program terbabit yang sudah memasuki edisi ke-49 tahun ini masih lagi menjadi tanda tanya.

“Saya menghargai jasa dan usaha yang dilakukan oleh pihak Shell selama ini dalam memberi kesedaran melalui Program Pendidikan Lalu Lintas kepada masyarakat terutama golongan kanak-kanak.

“Tetapi, adakah kita tahu kesan dan impak program tersebut kepada kanak-kanak setelah mereka meningkat dewasa,” katanya pada Pe­nutupan Rasmi Program Pendidikan Lalu Lintas Shell Peringkat Negeri Sarawak di Gelanggang Bola Keranjang/Bola Tampar Taman Rajang di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Ma­jlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) James Laju, Pengurus Besar Sarawak Shell Berhad Chok Chee Tsong dan Timbalan Pengerusi Program Pendidikan Lalu Lintas Shell 2012, Justari Joni.

Manyin mencadangkan agar diambil beberapa kanak-kanak yang terlibat dengan program itu dan menerusi ker­jasama dengan institusi-insti­tusi pengajian tinggi dilakukan kajian menyeluruh mengenai kesan pelaksanaannya.

Beliau berkata, kajian hendaklah dilakukan bukan tertumpu di Sarawak sahaja kerana Program Pendidikan Lalu Lintas Shell turut meli­batkan negeri-negeri lain.

“Tanpa mengetahui kesan program ini, saya tidak tahu sama ada ia hanya permainan ataupun latihan yang menjadi rutin setiap tahun semata-mata.

“Hasil daripada kajian yang dilakukan mampu menjawab segala persoalan dan pelaburan wang berjuta-juta ringgit yang telah diperuntukkan selama ini, sejak 1963,” jelas Manyin.

Program Pendidikan Lalu Lintas Shell Peringkat Negeri disertai 370 peserta dari 11 sekolah menengah dan 11 se­kolah rendah dari 11 bahagian negeri ini.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu berjalan kaki, menunggang basikal, kereta pedal dan ujian ber­tulis.

Juara keseluruhan bagi sekolah rendah diraih oleh kontinjen Kuching, sementara Sarikei memenangi kate­gori yang sama bagi sekolah menengah.

Sementara juara bagi setiap kategori dipilih bagi mewakili Sarawak ke peringkat kebang­saan yang dijadualkan ber­langsung November depan.

- UB
logoblog

Thanks for reading Berkesankah Pen­didikan Lalu Lintas Shell?

Previous
« Prev Post

No comments: