Thursday, October 18, 2012

Graduan ISMP IPTS Sekali Lagi Mohon Penempatan Di Sekolah Kerajaan


Oleh: Pengajar

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidiakan (ISMP) Institusi Tinggi Pendidikan Swasta (IPTS) melahirkan perasaan kecewa terhadap pihak bertanggungjawab kerana sehingga ke hari ini gagal menangani masalah menganggur begitu lama dikalangan bakal guru keluaran kolej swasta.

Lu Hung Yung, 26, yang merupakan graduan ijazah kelas pertama berkata kami sanggup bersaing secara sihat dengan graduan IPGM, IPTA, KPLI dan DPLI walaupun kami tahu mereka diberi keutamaan mendapat “posting” di sekolah-sekolah kerajaan. Pilihlah graduan IPTS kami yang benar-benar mencapai kompetensi profesional yang patut dicapai oleh seorang guru. Namun, tidak adil bagi kami yang juga dalam jurusan ini jika kami diabaikan sedangkan GSTT juga mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Hampir tiga tahun kami mengharapkan agar KPM membuat temuduga terbuka kepada kami, namun tiada peluang diberikan”, ujarnya.

Nicholas Igat Rekan, 26, berkata banyak pertolongan yang diharapkan dan pada tahun lalu sahaja mereka keluar di akhbar sebanyak tiga kali mohon bantuan penempatan namun masih menemui jalan buntu. “Jika Kementerian Sumber  Manusia dan Kementerian Kesihatan akan berbincang mengenai usaha untuk menyelesaikan masalah 8,000 yang dilatih dalam bidang kejururawatan kolej swasta dan masih menganggur, kami juga mahu pihak kerajaan mengkaji graduan pendidikan kolej swasta. Jika perlu usah luluskan program baharu kursus pendidikan sama seperti kursus kejururawatan ketika ini untuk menangani isu menganggur yang semakin meningkat dalam bidang ini”, tegasnya.


Ibu bapa kami sanggup melaburkan wang yang banyak untuk mencapai hasrat ini dengan harapan kami berjaya walaupun datang dari keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan. Kami merasakan ianya satu penantian penyeksaan apabila tiada berita gembira seperti yang diharapkan pada pembentangan bajet 2013 lalu. Sayang graduan swasta pelbagai major seperti English (Language & Literature), Matematik, Ekonomi, Perdagangan, Kaunseling, dan IT tidak dimanfaatkan dan tidak benar kekurangan guru anak tempatan untuk mengisi kekosongan guru di sekolah seperti dikatakan sebelum ini kerana kami tidak ditemuduga”, kata Alice Ason, 26.

Sementara Mary Kim Soon, 26, berasa sedih banyak masyarakat yang tidak faham keadaan mereka sekarang yang masih terpingga-pingga mencari pekerjaan. Mengapa tidak menjadi guru? Mengapa tidak mohon KPLI? Mengapa tidak minta kerja itu dan ini sedangkan mempunyai “degree”. Jika kami berpeluang mengapa tidak?. Oleh kerana itulah saya bersama Alice sanggup bekerja sebagai kerani dengan gaji RM600 sebulan di sebuah syarikat dengan kelayakan STPM kerana tidak mahu dikatakan memilih kerja sebelum menyertai Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah ataupun lebih dikenali sebagai CBG bermula bulan ini kongsi beliau.

Manakala, Tiong Siu Ling, 27, yang telah berkahwin berkata cuba bayangkan rakan-rakan kami yang telah berkahwin dan mempunyai anak. “Kebanyakan graduan pendidikan terpaksa cari kerja lain seperti di supermarket, sektor perladangan, perhotelan dan sebagainya untuk meneruskan kehidupan, mencari rezeki dan menjelaskan pinjaman PTPTN. Berbaloikah semua yang telah kami korbankan empat tahun yang lalu?” tanyanya. Dalam tempoh tiga, empat tahun ini hanya Tuhan yang dapat mengerti kesabaran kami” keluhanya lagi.

Antara yang turut berkongsi ialah Raphael Barita Ligok, 25, yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) di universiti tersebut turut berkongsi “saya hanya mampu menjadi guru sandaran dan guru ganti hampir dua tahun ini. Tahun depan entahlah apa yang akan terjadi. Kesungguhan kami mempelajari, mengalami dunia perguruan selama empat tahun serta praktikal di sekolah kerajaan dulu seolah-olah menjadi sia-sia sekiranya kami terus begini dan graduan yang akan datang juga mengalami nasib yang sama. Kadang-kadang terfikir salah pilih jurusan, tetapi kerana seronok mendidik sehingga ke hari ini saya setia mengajar guraunya.

Akhir sekali graduan ini memohon semoga pihak kerajaan memandang serius isu ini dan tidak mendiskriminasikan mereka sebagai graduan pendidikan keluaran swasta serta berusaha untuk membuat penyelesaian. “Segala jasa baik pihak kerajaan amat kami hargai untuk turut serta menganjak pelan pembangunan pendidikan negara yang bertransformasi dan berkualiti kerana kami telah memilih untuk berada di profesion ini dan bergelar seorang “guru”, kata Raphael mewakili rakan-rakan ISMP IPTS yang memohon penempatan.




1 comment:

Anonymous said...

Hello dan salam sejahtera.
Saya terpanggil untuk memberi komen atas isu ismp ipts yang masih tidak mendapat tempat untuk posting.bg saya, adalah tidak wajar utk menyalahkan pihak kpm 100% kerana pada awal cerita, anda sudah tidak mengikut saluran yg sepatutnya. Terus terang, sy merupakan ismp ipta.sy ingin berkongsi sedikit maklumat mngenai proses sy shgga hri ini.sy memohon melalui kpm, setelah itu sy melalui Medsi test sbnyak beratus soalan.Medsi test kmi bersaing dgn diploma holders, yg nk amik kpli n matrik.kiranya, medsi test ni first step.slpas tu, skranya pass, kpm akn pggil utk interview.result iv tu lah bru diserap masuk utk ijazah sarjana muda pendidikan.setelah 4 tahun, isi sekali lagi dlm jobsmalaysia, pastu interview spp dn lastly result.if pass, dpatlah posting.klu x, iv lah lg.
So, what i wanted say here is untuk berada di tahap ini bukanlah senudah disangka.bukanlah seperti pilih course pendidikan kat ipts, grad then expect posting.n kpm rasanya tdak mengabaikan 'anaknya' andai ia mngkut saluran yg betul.tanyakan dri anda, adkah anda melalui prosedur seperti kmi ..?joka tdak, berhenti menyalahkan kpm n kerajaan.kesian mereka.mereka dah buat yg terbaik.jika anda rasa ad yg xkna, tnya blik pihak pngurusan univ.jgnlah asik salahkn kpm.
Hanya secebis kata dr sy.moga ianya mmbntu anda yg keliru.
Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...