Sunday, October 14, 2012

Graduate Career Accelerated Programme (GCAP)



Disinilah bermulanya peluang anda untuk meningkat kemahiran bagi mencapai kerjaya yang cemerlang!


Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) adalah program latihan selama 6 minggu yang direka khas untuk mengubah graduan-graduan Malaysia supaya mampu bersaing dalam Industri Perkhidmatan Negara. Melalui latihan intensif yang interaktif, anda akan lebih bersedia untuk menyahut cabaran kerja masa kini yang sangat kompetitif.


Graduate Career Accelerated Programme atau GCAP adalah program latihan selama 6 minggu yang direka khas untuk mengubah graduan-graduan Malaysia supaya mampu bersaing dalam Industri Perkhidmatan Negara. Melalui latihan intensif yang interaktif, anda akan lebih bersedia untuk menyahut cabaran kerja masa kini yang sangat kompetitif


Setelah tamat latihan, graduan GCAP akan dianugerahkan Sijil Profesional Pengurusan Perkhidmatan Global, kelayakan diiktiraf oleh rakan majikan kami yang terdiri daripada organisasi-organisasi bertaraf SME, GLC and MNC.


GCAP direka khusus untuk pembangunan modal insan yang kompeten dengan kemahiran khusus untuk mengambil bahagian dan bersaing mendapatkan peluang-peluang baru dalam industri Perkhidmatan Negara, seterusnya mampu untuk meneruskan kerjaya dalam persekitaran yang teknikal dan profesional; dan akhirnya bergerak maju ke dunia pengurusan dan kepimpinan.


Graduan GCAP berpeluang untuk mendapat pekerjaan serta-merta dalam pelbagai bidang Pengurusan Perkhidmatan serta industri-industri berikut: Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT); Pelancongan & Hospitaliti; Kewangan; Pembuatan dan Runcit.


Sijil Profesional dalam Perkhidmatan Pengurusan Global (PCGSM) direka khas untuk:


1. Memperakui graduan peringkat kemasukan dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan.

2. Membangunkan kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang diperlukan bagi operasi perhubungan pelanggan dan operasi perkhidmatan di semua industri perkhidmatan.

Jangan lepaskan peluang PERCUMA ini untuk melakar masa depan yang lebih cerah!


Tingkatkan Kemahiran Bahasa Inggeris Anda

GCAP dilaksanakan sepenuhnya dengan menggunakan bahasa Inggeris, dengan memberi penekanan khasnya terhadap memperbaiki kemahiran komunikasi lisan dikalangan peserta. Kesemua modul GCAP adalah direka khas untuk melengkapkan anda dengan kemahiran dan teknik asas berkomunikasi di dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan. Sesi Penguasaan Bahasa Inggeris (Lisan dan Penulisan) kami menerusi GCAP akan membawa anda ke tahap keyakinan yang baru demi melakar masa depan yang lebih cerah.


Dapatkan kerjaya yang anda impikan!

Setelah menjalani program GCAP, anda akan di anugerahkan sijil rasmi tamat latihan yang boleh digunakan untik mendapatkan pekerjaan di industri seperti telekomunikasi, media, pelancongan, kewangan dan jualan. Inilah peluang keemasan untuk memenuhi potensi anda.


Adakah anda layak?

Ya! Jika anda merupakan graduan Malaysia (CGPA 2.0 - 3.0) dan belum mendapat pekerjaan. Sukacita dimaklumkan bahawa GCAP akan dijalankan di seluruh Malaysia, maka bersedialah untuk lokasi latihan yang berdekatan dengan rumah anda. Tempat tinggal juga akan disediakan untuk sesetangah lokasi. Sila hubungi atau email kami untuk informasi yang lebih lanjut.


Siapakah penganjur GCAP?


Program GCAP ditaja sepenuhnya oleh TalentCorp di bawah Jabatan Perdana Menteri. Program ini dikendalikan oleh MyPartners Sdn. Bhd. dan direka serta disampaikan oleh Scicom Education Group, menjadikan gabungan usaha bertaraf global untuk mewujudkan pendidikan formal dan modal insan yang berkelayakan bagi industri Khidmat Pengurusan.

Maklumat Lanjut:

 Telefon: 03-21764888
Email: myfuture@scicom.com.my



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...