Sunday, October 14, 2012

Guru Tadika Ditahan Sumbat 19 Kanak-Kanak Dalam Kereta Kecil


OHANNESBURG: Seorang guru tadika ditangkap membawa 19 kanak-kanak bersiar-siar dalam kereta kecil miliknya.

Melanie Minnie ditahan bersama-sama dengan enam kanak-kanak di dalam but kereta Renault Clio. Sekurang-kurangnya tiga murid lain duduk di depan dan baki 10 lagi di belakang.

Tidak pasti sama ada kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar dalam kejadian di Afrika Selatan itu.

Jurugambar, Nico van Heerden merakam imej kanak-kanak itu berhimpit-himpit di dalam kereta kecil berkenaan.

Murid itu, dari Sekolah Tadika Rietfontein di Gauteng, dalam perjalanan ke sebuah restoran burger tempatan.

Polis menahan guru itu kira-kira setengah kilometer dari restoran berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Seorang jurucakap polis berkata, Melanie disaman RM500. 

Sumber: The Sun

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...