Tuesday, October 09, 2012

Halatuju “Bakal Guru” Graduan ISMP IPTS, “Terus Menganggur” atau “Cari Kerja Lain”

  NR       Tuesday, October 09, 2012

Ketika Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi harapan terhadap nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang belum ditawarkan menjadi guru akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September yang lalu merupakan tarikh yang dinanti-natikan untuk berdepan dengan tv.

Namun, siaran langsung pembentangan Bajet 2013 menghampakan apabila “berita gembira” yang diharapkan tidak disebut-sebut oleh Perdana Menteri.

Ketika itu harapan graduan ISMP IPTA & IPTS musnah ibarat jatuh berdebuk, graduan pendidikan merasakan tertipu dengan harapan palsu Menteri Pengajian Tinggi. 

Ramai graduan mulai bertanya, “tweet” di twitter, FB dsb terhadap penempatan graduan pendidikan seperti yang dimaksudkan.

Sehinggaah pada tarikh 4 Oktober 2012 (Khamis), YAB Menteri Pelajaran membuat kenyataan media mengenai perlantikan graduan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Mengikut rekod KPM, seramai 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan ISMP di IPTA akan diberi penempatan, tahun depan. Mereka adalah kumpulan pelajar yang sudah dan bakal menamatkan pengajian tahun ini di IPGM serta IPTA, dan akan dilantik ke jawatan PPPS.

Tahniah kepada Graduan IPG dan IPTA dalam bidang pendidikan yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik kelak.

Bukan soal tidak diiktiraf, Ini buktinya Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Unitar menerima pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Namun, sebaliknya berlaku kepada graduan IPTS dalam bidang pendidikan sehingga ke hari ini tidak dapat menarik nafas lega apabila tiada berita gembira daripada kerajaan buat mereka.

Akbar kemarin mengatakan kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini, kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur. "Ada lulusan kolej kejururawatan swasta yang terpaksa menganggur sehingga tiga tahun. "Masalah ini berlaku kerana tidak ada keseimbangan di antara jumlah pelajar yang mengikuti latihan kejururawatan dan peluang pekerjaan yang ada," Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan semasa.

Pertanyaan saya, adakah Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka yang bertanggungjawab membuat kajian terhadap graduan Pendidikan IPTS sama seperti Kementerian Kesihatan yang perihatin terhadap masalah lulusan kejururawatan di IPTS?

Pihak Kementerian Pelajaran tidak menawarkan penempatan kepada graduan pendidikan IPTS kerana pihak universiti tidak menghantar senarai pelajar yang mengambil jurusan ini adalah bukan alasan untuk pihak KPM tidak mengambil berat terhadap graduan ini.

Pelbagai bantuan diharapkan seperti mengeluarkan masalah ini di akhbar tempatan dalam 3 bahasa itu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia & Bahasa Iban sebelum ini adakah mereka masih belum tahu? Ini beerti pihak KPM tidak membuat kajian terhadap bakal guru lulusan IPTS!

Maka saya bersetuju dengan akhbar di Utusan Borneo pada tarikh 8 Febuari lalu di mana Pengerusi Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak, Profesor Dr Mornie Kambrie meminta agar tidak mendiskriminasi graduan kursus pendidikan dari kolej swasta dengan tidak menerima mereka untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Saya puji program yang membantu graduan “bekerja dan mendapat upah” berbentuk sementara. Apapun saya berharap graduan ini dapat diserap berdasarkan prestasi yang ditunjukkan serta kesungguhan untuk bekerja.
  • Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah (CGB)
  • Skim Latihan 1Malaysia (SL1M),
  • Industrial Skill Enhancement Programmes (INSEP),
  • Graduate Employability Management Scheme (GEMS),
Dan yang terbaru menerusi Bajet 2013 iaitu Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya.

Di sini saya tidak tidak suka berketekak. Dari awal lagi isu yang saya tulis memperjuangkan halatuju graduan ISMP IPTS. IGPM, KPLI, DPLI, IPTA, GSTT dan IPTS semuanya berhak dan diberi peluang untuk menjadi guru.

Apa yang saya harapkan adalah penyelesaian. Penyelesaiannya hanya satu, membuka ruang temuduga terbuka semula Guru Sandaran Terlatih (GST) yang diharapkan sehingga kini. Sampai bila graduan ISMP IPTS harus bersabar, berharap & berdoa agar sehingga sesuatu akan terjadi? Terpaksa menganggur untuk 1,2,3,4,5 …tahun lagi? Sudah hampir satu penggal tidak juga dapat selesaikan...

"Kerana Faham Aku Menulis, Kerana Mengerti Aku Berkongsi"
Igat, 9 Oktober 2012
Tunggu akhbar akan datang hasil "Refleksi besar halatuju graduan ISMP di S'wak

Rujukan:
  • Position of Bachelor of Education Graduates Will Be Announced In 2013 Budget (Bernama , 13-09-2012)
  • Nasib 10,200 graduan pendidikan diketahui 28 September ini (BH, 13-09-2012)
  • Berita gembira 28 September (Utusan Malaysia, 13-09-2012)
  • 10,000 graduan pendidikan tertipu dengan Menteri Pengajian Tinggi (Harakah Daily & Milo Suam (30-09-2012)
  • Kenyataan Media YAB Menteri Pelajaran di FB Muhyiddin Yassin (04-10-2012)
  • 10,715 graduan guru diberi penempatan (Utusan Malaysia, 05-10-2012)
  • 10,715 cikgu baru (Berita Harian, 06-10-2012)
logoblog

Thanks for reading Halatuju “Bakal Guru” Graduan ISMP IPTS, “Terus Menganggur” atau “Cari Kerja Lain”

Previous
« Prev Post

3 comments:

William TJ said...

Saya pun ex Graduan ISMP Unitar 2010.. Walaupun macam mana kelam situasi kita, janganlah kita mudah berputus asal.

Untuk makluman Peluang menjadi guru atau diserapkan di sekolah kerajaan terbahagi kepada dua saluran pengambilan. Setahu saya graduan di bawah Institut Pendidikan Guru, IPG (mereka mendapat tajaan KPM) akan cepat diserapkan ke sekolah kerajaan selepas tamat DPLI/KLPI/JQaf yg mereka ikuti di IPG terpilih. Senarai nama mereka diberi keutamaan oleh Bahagian Pengambilan Guru KPM, berbanding graduan Pendidikan bukan tajaan KPM hatta di UPSI sekali pun.

Permohonan menjadi guru melalui Saluran Pertama adalah lebih tinggi jika anda memohon pengambilan di SMK Agama disebabkan mereka tidak terikat dengan interview Kementerian dan mereka ada kuasa untuk mengambil guru sendiri.

Saluran kedua bagi Interview for Pengambilan for posting and release of advertisement to call for interview dibuat oleh dua unit yang berlainan dalam Kementerian Pelajaran. Mereka mempunyai agenda untuk mengisi kekosongan dengan grad Institut Perguruan sebagai top priority oleh itu graduan bukan di bawah KPM adalah relatif rendah atau lambat.

Laporan dan link dibawah mengenai graduan pendidikan UPSI dan UNITAR pun yg masih menunggu tawaran posting membuktikan dakwaan ini.

Jangan Lupa yang ex Graduan unitar juga penah mendapat posting sejack 2010 lagi
http://www.pengajar.info/2012/...

Ada antar kita menunggu lebih daripada 4 tahun dan ada antara mereka terbalas pernantian mereka ,apabila nama mereka berjaya mendapat tempat diSenarai graduan mendapat penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41 di Sarawak pada Sept 2012 lepas

There always a light at the end of the tunnel .

So para graduan ISMP IPTS .Dont give up. Keep sending ur resume to KPM. if you want to opt for second channel trough KPM even if we're not given the same chances as IPTA grads.

or go straight to the first saluran "Lobang" if you are looking for fair chances without being discriminated .

id0670914 Graduan ISMP UniTAR KB 2010 said...

ops saya lupa untuk menambah untuk Saluran Pertama selain SMK Agama ia juga boleh di applykan dengan MARA ,MRSM, jakim, jawi dan perbagai lagi untuk jawatan PPPS dengan kerajaan

Sekian

Anonymous said...

Jom Tweet kat laman Google+ Dato Sri PM Najid Razak di

https://plus.google.com/u/0/110555361869973167886/posts