Wednesday, October 24, 2012

Halatuju Masih Sama...BELUM ADA "Berita Gembira"


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia

Sejak keluar di akhbar minggu lalu, Isu halatuju graduan pendidikan IPTS kembali hangat. 

Facebook Pengajar dihujani pelbagai komen, ada yang memberi cadangan, ada juga yang memberi kritikan. 

“Jangan Pilih Kerja” “Cari kerja lain” “Usah Tunggu” itu komen sesetengah yang MASIH KURANG FAHAM mengenai isu ini. Apapun jangan anggap ianya satu penghinaan, anggap ia satu cabaran. Maafkan mereka, perlahan-lahan mereka akan memahami mengapa kini ramai yang berada di Group Pengajar.

Graduan ini tidak menunggu duduk sahaja, tetapi sanggup cari kerja lain dan tidak pilih kerja. 

Graduan Pendidikan Diarah Cari Kerja Lain tajuk Akhbar Harakah 7-10 Nov 2011 yang lalu menjadi isu hangat episod pelajar UPSI yang tidak berada di bawah naungan KPM. 

Cuba anda bayangkan jika beribu graduan pendidikan UPSI diarah cari kerja lain? Sebagai manusia yang berperikemanusiaan, apa yg anda komen, “Jangan Pilih Kerja” “Cari kerja lain” “Usah Tunggu”? 

Ketidakpuashatian mahasiswa UPSI lalu mengadakan piket di perkarangan sudut Pidato universiti sebagai tanda protes dan diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan mahasiswa ISMP. 

Akhirnya pada awal tahun 2012 ini ramai yang berjaya menjadi “Guru Interim” sehingga banyak guru-guru di sekolah terkejut apa itu guru interim? Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT) di sekolah kerajaan dihapuskan bermula 2013 dan hanya ada Guru Ganti. 

Agak menarik minat saya beberapa blog penuntut IPTA dalam jurusan perguruan ini berkongsi pandangan punca pembekuan penempatan guru. Apapun yang terbaru, isu guru IPTA lambat posting akhirnya diberi penempatan bermula tahun 2013.

Lihat dari sudut positif kepayahan graduan demi segulung Ijazah

Saya tertarik dengan akhbar Berita Harian Edisi Sarawak, 14 Oktober (Ahad) lalu bertajuk “Tinggal keluarga kejar ilmu”. Menariknya berita ini dimana salah seorang graduan anak Orang Asli sanggup ikat perut demi segulung ijazah.
“Hari ini saya sudah melunaskan impian ayah, tetapi bagi saya, kejayaan menamatkan pengajian tidak mampu membalas segala pengorbanan emak, ayah dan adik beradik lan” – Nurul Zainal Along Chik, Graduan UNIMAS
Mengimbas kembali ketika menuntut di universiti ianya pasti satu pengalaman yang sangat berharga. Banyak pergorbanan yang kita sanggup buat untuk mendapatkan segulung ijazah seperti anak orang Asli ini. Apupun mampukah kita membalas segala pergorbanan emak, ayah, adik beradik dan mereka yang membantu kita sepanjang tempoh pengajian tersebut?

Keselarasan Dasar KPM - KPT

Isu ini memerlukan keselarasan dasar antara KPM dan KPT. Terdapat wujudnya percanggahan dasar antara pendidik sehingga tidak mengambil kira kewujudan kursus pendidikan di IPTS.

Secara positifnya, saya sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana begitu mementingkan pendidikan. Namun, sebagai insan izinkan saya berkata bahawa terlalu banyak pembaharuan yang diperkenalkan Menteri Pelajaran. Usaha Kementerian Pelajaran mengubah pendidikan negara akan mendapat maklum balas yang berbeza daripada lapisan masyarakat sekiranya tidak dikaji dengan teliti. 

Saya bersetuju dengan kata-kata presiden STU "that he also highlighted the need for the education system to be reviewed and not to be created for the political benefits of certain parties" Menteri pelajaran kali ini akan berdepan dengan kemarahan mahasiswa di Unitar lebih-lebih lagi jika isu ini berlarutan dan tidak diselesaikan setelah bertahun lamanya.

Halatuju ISMP Masih Sama

Antara sebab saya membina blog ini supaya saya dapat menyimpan berita-berita penting untuk dirujuk semula. Apa yang dapat saya katakan respon daripada akhbar kami yang lalu kenyataannya masih sama seperti dahulu dimana Exco Pemuda Umno, Jamawi Jaafar keluar di Bernama pada 28 Oktober 2011 bertajuk "Pemuda Umno Mahu Graduan Unirazak Diberi Peluang Berkhidmat Di Sekolah Luar Bandar Sabah" (Berita boleh di rujuk DI SINI). Bandingkan dengan berita di Utusan Borneo pada Sabtu, 20 Oktober 2012 lalu bertajuk Beri peluang graduan IPTS jadi pendidik. 

Apapun saya mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada Jamawi Jaafar yang sememangnya banyak mengutarakan isu ini. Namun saya sedih pihak pengurusan universiti tidak banyak memberi sokongan untuk tampil di akhbar apabila graduan ataupun pemimpin lain seperti UMNO, STU, KGBS dan pengetua sekolah yang turut menyokong sebelum ini mahukan graduan pendidikan di Unitar diberi penempatan. Yang ada Dr. Mornie, OK I LIKE. Chief Executive Institut Pengurusan Dinamik, Unirazak Pusat Wilayah Sarawak, Tuan Haji tu tak nampak pun dia keluar ataupun saya tidak membeli news apabila beliau cuba bersuara untuk graduan? News cerita benda lain adalah, tu tidak perlu cerita, yang org sibuk cerita sekarang isu yang paling seram di muka bumi ini yang ingin diketahui, nasib graduan dan bakal-bakal graduan pendidikan yang akan datang. (Maaf ya, abaikan jika kurang bersetuju)

Gugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di IPTS tahun hadapan 

"Jika AF9 adalah AF yang terakhir kerana mendapati rancangan ini KURANG RELEVEN dan mahu mengubah format, Unirazak wajar mencontohi pihak Astro untuk menghentikan pengambilan BED buat sementara waktu selagi program ini kurang bersesuaian, jika perlu nanti ditawarkan lagi lah"
Rosyam Nor pun beritahu rancangan “Pilih Kasih 3” adalah program realiti teakhir. Dan saya juga bersetuju dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom yang tampil di akhbar Utusan Borneo sabtu lalu “Jika pengangguran tidak mampu ditangani, gugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di IPTS”

Jika isu ini berlarutan dan tidak dapat diselesaikan, jangan berani-berani nak iklankan program Bachelor of Education (Hons) ini lagi tahun hadapan di IPTS berkenaan. Universiti bukan sekadar pencetak sijil! Gugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di IPTS tahun hadapan dan bantu graduan yang masih menganggur.

Saya menulis kerana FAHAM

Ketika menghadiri temuduga Pengawai Perkhidmatan Perkhidmatan Siswazah (PPPS) di IKM Kuching pada 23 September lalu entah kenapa hati lelaki saya boleh mengeluarkan air mata semasa kompenen terakhir temu duga kira-kira jam 2.45pm bersama tiga panel wanita. Itulah kali pertama saya berpeluang untuk menghadiri temuduga untuk menjadi seorang guru setelah hampir dua tahun lebih konvo. Sedikit sebanyak saya berkongsi perjalanan hidup serta kepayahan graduan Unitar yang masih tercari-cari halatuju. 

Sejak dari itu saya sebenarnya malu, tidak banyak bercakap dan gemar meluahkan di laptop. I keep on praying...dan mungkin saya temui sesuatu…apabila kita boleh menangis untuk orang yang kita tidak kenali, itulah sifat Tuhan. 

Sebelum berakhir temu duga saya sempat berterima kasih kepada panel kerana peluang yang diberikan untuk turut bersama ditemuduga. Saya tidak minta untuk menjadi guru, tetapi saya hanya bersyukur saya dipanggil.

Ikhlas,

Igat, 24 Oktober 2012, 1.40am

*Lepas ini mungkin agak lama Igat meninggalkan fb ataupun blog kerana tuntutan kerjaya. Apapun Terima Kasih kerana menyokong blog ini. Teruskan bersama pengajar.info yang akan dikemaskini rakan admin. Igat akan kembali lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...