Thursday, October 11, 2012

Kerajaan Tidak Akan Luluskan Program Baharu Kursus Kejururawatan Tangani Isu Jururawat Menganggur

  NR       Thursday, October 11, 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan meluluskan program baharu bidang kejururawatan buat masa ini dalam usaha menangani isu kira-kira 8,000 jururawat yang masih menganggur, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam semalam.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui Kementerian Pengajian Tinggi. “Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah mereka yang dilatih dalam bidang kejururawatan dan masih menganggur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Smart Sourcing Summit 2012, di sini.

Beliau ditanya perkembangan terkini berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini beliau dilapor berkata ada lulusan bidang kejururawatan itu terpaksa menganggur sehingga tiga tahun selepas tamat pengajian.

Mengulas perkara berbeza, Dr Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC berkata komuniti India di negara ini menyedari kerajaan telah banyakmelaksanakan pelbagai dasar dan program bagi membantu kaum tersebut terus maju seiring kaum lain.

Katanya banyak usaha telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan kaum India di negara ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan bekas pengasas Hindraf S. Jayathas yang menyertai Parti Keadilan Rakyat kelmarin. 

— Bernama
logoblog

Thanks for reading Kerajaan Tidak Akan Luluskan Program Baharu Kursus Kejururawatan Tangani Isu Jururawat Menganggur

Previous
« Prev Post

No comments: