Friday, October 05, 2012

KM Sarawak Dipilih Ikon Kepimpinan Lagenda BrandLaureate 2012

  Pengajar.Info       Friday, October 05, 2012

Tan Sri Abdul Taib Mahmud menerima anugerah The Brandlaureate Legendary Brand Icon Leadership daripada Tan Sri Dr Mohamed Hashim Mohd Ali.

PETALING JAYA - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipilih memenangi Anugerah Ikon Kepimpinan Lagenda BrandLaureate 2012 di sini malam ini.
   
Taib meraih pengiktirafan tersebut atas sumbangannya dalam pembangunan dan pemodenan negeri Sarawak.
   
Anugerah tersebut dianjurkan oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) dan disampaikan oleh Pengerusi APBF, Jen (B) Tan Sri Dr. Mohamad Hashim Ali dan Presiden BrandLaureate Dr. K.K Johan.
   
Majlis penganugerahan itu turut mengumumkan 41 lagi ikon BrandLaureate yang mewakili bidang masing-masing termasuk Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Wanita Sepanjang Tahun 2012.
   
Beliau dipilih atas sumbangannya memperjuangkan hak wanita dan inisiatif dalam pelbagai program bagi membantu mempertingkatkan status wanita serta membuka peluang untuk golongan itu mencapai kemajuan.
  
Selain itu, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dipilih untuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - BrandLaureate Hall of Fame dan penerjun wanita negara Pandelala Rinong menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Grand Master. - Bernama
logoblog

Thanks for reading KM Sarawak Dipilih Ikon Kepimpinan Lagenda BrandLaureate 2012

Previous
« Prev Post

No comments: