Wednesday, October 03, 2012

KPM Masih Kekalkan Peraturan Larangan Pelajar Bawa, Guna Telefon Bimbit

  Pengajar.Info       Wednesday, October 03, 2012

KUALA LUMPUR: Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.

"KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa danmurid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng(BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini, Rabu.

Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.

Muhyiddin berkata, kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.

Katanya, kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.

Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajarmembawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermulatahun depan.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibubapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebihbanyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar. - BERNAMA
logoblog

Thanks for reading KPM Masih Kekalkan Peraturan Larangan Pelajar Bawa, Guna Telefon Bimbit

Previous
« Prev Post

No comments: