Wednesday, October 17, 2012

Microsoft Lancar Office 365 Untuk Pendidikan

  Pengajar.Info       Wednesday, October 17, 2012


KUALA LUMPUR - Microsoft Malaysia telah mengumumkan ketersediaan Microsoft Office 365 Untuk Pendidikan, suite yang berasaskan awan yang telah direka untuk menyediakan produktiviti, komunikasi dan kerjasama terbaik kepada sekolah-sekolah.
   
Office 365 termasuklah aplikasi komputer meja Microsoft Office serta Microsoft Exchange Online, SharePoint Online, Lync Online dan Microsoft Office Web Apps, dijangka menyediakan kedua-dua pendidik dan pelajar, platform pendidikan moden dengan penggunaan teknologi berkualiti.
   
Dalam satu kenyataan hari ini, Khatijah Samah, Pengarah Segmen Pendidikan Microsoft Malaysia berkata pembelajaran awan dan dalam talian adalah trend penting dalam mentransformasikan pendidikan hari ini.
   
"Memandangkan sekolah-sekolah kini berhadapan dengan keperluan yang kian meningkat untuk memaksimumkan sumber dan tekanan untuk menginovasi, kami menawarkan teknologi berkualiti perusahaan secara percuma yang akan memodenkan amalan pembelajaran dan membantu menyediakan pelajar untuk pekerjaan hari esok." - Bernama
logoblog

Thanks for reading Microsoft Lancar Office 365 Untuk Pendidikan

Previous
« Prev Post

No comments: