Saturday, October 20, 2012

Pelajar Digalak Guna Facebook Berkomunikasi Dengan Guru

KLANG: Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin D'Cruz meminta pelajar sekolah menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mengekalkan hubungan baik dengan guru mereka.

Beliau berkata, melalui cara ini, pelajar yang sudah menamatkan persekolahan boleh sentiasa merujuk guru untuk mendapatkan pandangan mengenai sesuatu isu sekiranya mereka mempunyai masalah berinteraksi dengan kolej atau profesor universiti.

"Pelajar yang sudah menanamatkan persekolahan dan menghadapi masalah kesukaran berinteraksi dengan profesor kolej mereka perlu menggunakan media sosial seperti Facebook untuk berkomunikasi dengan bekas guru mereka di sekolah bagi mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu isu kerana mereka sudah bertahun-tahun mengenali antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sijil tamat persekolahan di Sekolah Menengah Convent Klang di sini, hari ini.

Sementara itu, Maglin menasihatkan semua sekolah di negara ini supaya mencontohi Sekolah Menengah Convent Klang dalam menganjurkan majlis penyampaian sijil tamat persekolahan bagi memberi peluang pelajar merasai majlis sebenar penyampaian ijazah.

Kira-kira 290 pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bulan depan, menerima sijil masing-masing yang disampaikan Maglin pada majlis itu.

- Bernama

1 comment:

Juli GS said...

buycheapfacebooklikesThis is an interesting information..... Keep updating your blog. Thanks a lot for the share.... Thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...