Monday, October 01, 2012

Pelajar, Penganggur Berusia 21 Tahun Ke Atas Layak Terima BR1M 2.0 RM250

  NR       Monday, October 01, 2012

Kota Bharu: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu bujang yang tidak mempunyai pekerjaan berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) bernilai RM250. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, b erkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan atau berpendapatan kurang RM2,000 sebulan. “Di Malaysia, lebih sejuta penerima baru ini berusia lebih 21 tahun dan tidak mendapat bantuan sebelum ini. 

“Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan. 

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra anjuran Majlis NGO Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, di Tanjung Chat, semalam. 

Hasil kurang RM2,000 

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013, mengumumkan bantuan BR1M 2.0 untuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM2,000. 
Mengulas mekanisme BR1M 2.0 bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, Awang Adek berkata, kae dahnya hampir sama BR1M sebelum ini dan mereka tidak perlu mengisi borang lain. 

Namun, katanya, bagi pemohon baru, mereka perlu mengisi borang disediakan sebelum akhir tahun ini bagi membolehkan urusan pembayaran dapat disegerakan. 

“Bagi penerima baru yang bujang dan tidak layak sebelum ini, mereka perlu mengisi borang. Saya yakin akan ada pengumuman bila borang boleh didapati dan perlu diisi dalam masa terdekat. 

“Kita juga tahu dalam pelaksanaan BR1M tahun lalu, ada golongan tercicir kerana masalah tertentu seperti tanggungan pergi kepada satu pihak terutama bagi pasangan bercerai,” katanya. 

Penerima teramai 

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, menerusi pembentangan Bajet 2013, rakyat Kelantan banyak menerima manfaat berikutan negeri itu mencatatkan jumlah tertinggi isi rumah mendapat bantuan BR1M tahun lalu. 

“Sebanyak 95 peratus isi rumah menerima bantuan BR1M, jadi dengan adanya bantuan kepada individu bujang, maka hampir kesemua rakyat Kelantan akan dapat bantuan,” katanya.

- BH
logoblog

Thanks for reading Pelajar, Penganggur Berusia 21 Tahun Ke Atas Layak Terima BR1M 2.0 RM250

Previous
« Prev Post

No comments: