Tuesday, October 30, 2012

Pensyarah IPT Cedera Parah Selepas Terjun Bangunan

  NR       Tuesday, October 30, 2012

TRAGIK: Kakitangan HUS sedang mengalihkan mangsa dari bahagian bumbung koridor HUS


KUCHING: Seorang pensyarah wanita di sebuah institusi pengajian tinggi cedera parah selepas bertindak terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Kejadian berlaku pada sekitar jam 2.40 petang. Kesan cubaan bunuh diri wanita dalam lingkungan usia 30-an itu menyebabkannya mengalami patah tangan kanan dan kecederaan dalaman.

Sehingga jam 6 petang semalam, dia telah dirujuk di zon merah Unit Kecemasan dan Kemalangan HUS.

Keadaannya dilaporkan kritikal dan koma.

Sumber: Utusan Borneo
logoblog

Thanks for reading Pensyarah IPT Cedera Parah Selepas Terjun Bangunan

Previous
« Prev Post

No comments: