Friday, October 19, 2012

Pensyarah UTHM dituduh Tipu Pengurus Resort RM16,000

  NR       Friday, October 19, 2012

JOHOR BAHRU 16 Okt. - Seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang pengurus resort tahun lalu.

Mohd. Effendi Daud, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Haldar Abdul Aziz.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa menipu Paridah Husin, 46, untuk mendorong wanita itu menyerahkan wang tunai RM16,000 melalui akaun CIMB Bank kira-kira pukul 3.30 petang, 29 Julai tahun lalu.

Paridah dikatakan menyerahkan wang berkenaan di UTHM, Batu Pahat selepas mempercayai Mohd. Effendi akan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil untuk para penuntut UTHM.

Mohd. Effendi didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Fazlin Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Razak Sharif.

Mohd. Haldar membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 November ini

- UTUSAN



logoblog

Thanks for reading Pensyarah UTHM dituduh Tipu Pengurus Resort RM16,000

Previous
« Prev Post

No comments: