Tuesday, October 23, 2012

PM Umum Peruntukan RM30 Juta Kepada Sekolah Cina



Sebahagian para pewakilan MCA mengangkat poster 'I Love PM' sebagai tanda sokongan mereka ketika perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-48 di Dewan San Choon di sini, Ahad.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumukan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China (SMJKC) di negara ini.

Ketika menyampaikan ucapan ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA pada Ahad, Najib berkata perkara tersebut telah dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran telah bersetuju untuk memberikan geran bernilai RM30 juta kepada sekolah berkenaan.

Terdahulu dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta Perdana Menteri merayu agar Perdana Menteri memberi peruntukan kepada sekolah berkenaan, beliau berkata pada ketika ini tiada peruntukan yang diberikan kepada mereka.

"Terdapat 78 SMJKC dengan 125,000 pelajar. Mereka wajar diberikan peruntukan RM50 juta pada tahun hadapan," katanya.

- mStar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...