Wednesday, October 10, 2012

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Bina 4 Taska Tahun 2013

  Pengajar.Info       Wednesday, October 10, 2012

KUALA TERENGGANU - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) merancang untuk membina empat Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) tahun depan bagi memenuhi permintaan tinggi daripada ibu bapa di Terengganu.
  
Pengarahnya, Shafaruddin Mustafa berkata, empat Taska bernilai RM2 juta itu akan dibina di Binjai Rendah di Marang, Padang Hiliran di Kuala Terengganu, Kijal di Kemaman dan Dungun.
   
"Setakat ini kita ada 65 Taska dan pembinaan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan sejajar dengan permintaan mendadak daripada ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Taska YPKT.
   
"Taska YPKT mempunyai pelbagai keistimewaan menyebabkan ia menjadi pilihan ibu bapa antaranya dilengkapi kamera litar tertutup dan penghawa dingin," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Beliau berkata, YPKT terpaksa menolak sebahagian besar permohonan ibu bapa kerana mengehadkan pengambilan dengan kuota seorang guru bagi setiap 10 kanak-kanak di kesemua Taska YPKT.

Katanya, 50 peratus daripada 570 guru YPKT adalah siswazah terlatih yang mampu memberi didikan awal sempurna disertai sistem pembelajaran dan kurikulum kebangsaan Permata Negara.
   
"Ketika usia kanak-kanak enam bulan hingga empat tahun ini adalah waktu paling kritikal dalam pembesaran mereka dan modul pembelajaran Taska YPKT kini diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk dijadikan contoh modul kepada Taska lain," katanya. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Bina 4 Taska Tahun 2013

Previous
« Prev Post

No comments: