Thursday, November 01, 2012

Dua Buah Sekolah Menengah Baharu Untuk Daerah Bau


BAU, 1 Nov (Bernama) -- Dua buah sekolah menengah kebangsaan baharu akan dibina di sini bagi menampung peningkatan jumlah pelajar di daerah ini, kata Menteri Muda Pembangunan Perindustrian dan Menteri Muda Pembangunan Komuniti, Datuk Peter Nansian di sini pada Khamis.

Katanya salah sebuah sekolah berkenaan, SMK Singai dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun dan tender untuk pembinaannya dijangka akan dikeluarkan Disember ini.

"Kita sekarang masih menunggu peruntukan untuk pembinaan sebuah lagi sekolah, SMK Serumbu dan dengan terbinanya kedua-dua buah sekolah ini nanti akan dapat menampung sekurang-sekurangnya 1,000 orang pelajar lagi," katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Lake di sini.

Menurutnya selain SMK Lake, daerah itu mempunyai dua buah lagi sekolah menengah iaitu SMK Bau dan SMK Paku.

Dalam majlis itu, Nansian yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tasik Biru di sini turut mengumumkan geran RM10,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Lake.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...