Saturday, November 03, 2012

Majlis Peperiksaan kendali dua kohort STPM tahun ini


KUCHING: Majlis Peperiksaan Malaysia akan mengendalikan dua kohort peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) pada tahun ini iaitu STPM Baharu Penggal 1 2013 yang baharu dimulakan pada 2012 dan STPM Terminal Tahun 2012.

Tarikh peperiksaan bagi STPM Baharu Penggal 1 2013 akan bermula 5 November hingga 8 November dan STPM Terminal 2012 akan bermula dari 19 November hingga 13 Disember.

Bagi STPM Baharu Penggal 1 2013, seramai 7,740 calon telah mendaftar di 90 pusat peperiksaan yang mana 7,737 adalah calon sekolah menengah kerajaan dan tiga calon persendirian.

Manakala peperiksaan STPM Terminal 2012 mencatat seramai 6,477 calon di 91 pusat peperiksaan yang mana 5,975 calon sekolah kerajaan dan 502 calon persendirian.

Seramai 53 penyelia kawasan dan 496 pengawas peperiksaan telah dilantik mengendalikan peperiksaan STPM Baharu Penggal 1 2013.

Selain itu, seramai 53 penyelia kawasan dan 480 pengawas peperiksaan juga dilantik mengendalikan peperiksaan STPM Terminal 2012.

Bagi calon perseorangan yang tidak menerima Slip Kemasukan Calon dan jadual waktu peperiksaan, calon boleh mencetak Slip Kemasukan tersebut daripada laman web www.mpm.edu.my.

Semua calon dinasihati merujuk jadual peperiksaan, membawa kad pengenalan dan membawa Slip Kemasukan Calon.

- UB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...