Saturday, November 10, 2012

UNITAR Tawar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas di Malaysia Menjelang 2013


KUALA LUMPUR : Pendidikan merupakan aset penting dalam kehidupan. Justeru itu ramai pelajar memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, institut kemahiran, kolej, politeknik ataupun universiti baik di IPTA ataupun di IPTS.

Dalam usaha membina modal insan yang berkualiti di negara ini, UNITAR International University (UNITAR) percaya bahawa setiap individu layak mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira bangsa dan agama.

Sehubungan itu, menjelang tahun 2013 Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS) UNITAR International University akan menawarkan Ijazah Sarjana Muda program Pendidikan (Kepujian), Pengkhususan dalam Pendidikan Khas.

Naib Canselor Prof Dr Abdul Razak Habib berkata, kami akan berusaha untuk membangunkan tenaga profesional dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pendidikan sekali gus menyediakan keperluan asas yang lebih baik buat pelajar dalam bidang ini.

“Sebagai Universiti terkemuka, kami sentiasa mencari bidang khusus dan saluran di mana kita boleh membuat sumbangan yang bermakna kepada negara. Memandangkan Malaysia bergerak ke status negara maju, usaha kami untuk menampung semua sektor masyarakat adalah amat penting.
 “
Pada masa yang sama UNITAR International University dengan kerjasama daripada Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan lain-lain pelbagai jabatan-jabatan kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan Satu Bengkel Pendidikan Khas.

Bengkel ini bertujuan membangunkan kursus di pelbagai peringkat dan keperluan penduduk khas di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah bagi sektor awam dan swasta yang berurusan dengan pendidikan khas dan keperluan penduduk khas Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unitar.my.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...