Wednesday, May 23, 2012

Guru Jangan Mudah Merajuk - Tokoh Guru Terengganu


AHMAD Said menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Negeri 2012 kepada Mohd. Nor Othman (kiri) sambil diperhatikan oleh Zakaria Hussin (kanan) pada Majlis Sambutan Hari Guru ke-41 Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 21 Mei - Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman, 60, dipilih sebagai sebagai penerima anugerah Tokoh Guru Terengganu 2012 sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau yang bersama profesion perguruan selama 33 tahun itu menerima wang tunai RM5,000, senaskah al-Quran, satu set persalinan dan trofi yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 warga pendidik dan pelajar berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin.

Turut menerima anugerah ialah Azran Ibrahim (Guru Pendidikan Khas Cemerlang), Zainudin Mat Ali (Guru Kelainan Upaya Cemerlang), Nik Mohd. Azhani Nik Jusoh (Penderma Darah Berjasa) dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu bagi kategori pengurusan PPD cemerlang.

Juga Masitah Mohamed (Guru Pra Sekolah Inovatif), Zalina Bidin (Guru Sekolah Rendah Inovatif) serta Mohd. Yusri Ibrahim, Nor khatimah Ismail dan Wan Mohd. Amir Fazamin Wan Hamzah (Guru Sekolah Menengah Inovatif) dan Kamarulzaman Ismail (Tokoh Nilam) .

Sementara itu, Mohd Nor ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, sebagai guru mereka harus kuatkan semangat ketika berdepan dengan kerenah para pelajar.

"Sebagai guru, kita jangan mudah sangat merajuk dengan anak murid dan pelajar-pelajar kita. Ini penting demi masa depan mereka," katanya.

Beliau yang berasal dari Kampung Buluh Kuala Berang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia memulakan tugas sebagai pendidik pada tahun 1976 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai dekat sini.

Sepanjang tempoh menjadi pendidik, beliau yang juga penerima Anugerah Guru Khidmat Cemerlang Kebangsaan pada tahun 1996 pernah ditugaskan di beberapa buah sekolah antaranya di SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Landas, SMK Menerong dan SMK Ajil.

''Sebagai guru, tiada yang lebih penting selain sikap dan komitmen guru yang bersungguh-sungguh dan ikhlas mahu melihat anak bangsanya berjaya," 

"Ramai yang dakwa, perkembangan teknologi maklumat pada masa kini menjadi cabaran utama guru hari ini kerana perlu melengkapkan diri dengan arus perubahan pendidikan misalnya penggunaan e-Book dan kelas maya.

"Namun bagi saya, cabaran lebih besar adalah sikap guru yang mudah terasa hati dengan pelajar-pelajar merupakan antara faktor proses pembelajaran itu terbantut," ujarnya yang juga bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Jabatan Pelajaran.

Katanya bermula dengan rasa hati yang gembira seorang guru untuk menyampaikan ilmu membolehkan pelajar-pelajar mendapat keberkatan daripada itu.

''Kalau ada sedikit perangai pelajar yang tidak disukai, pejam mata sahaja dan teruskan usaha menyampaikan ilmu itu," katanya.

Utusan Malaysia Online: 22 Mei 2012

INTI Hantar 40,000 Kuntum Mawar Merah & Nota Terima Kasih Sempena Hari Guru


SEMPENA Hari Guru, INTI International University dan juga kolej-kolejnya (INTI) menghantar sebanyak 40,000 kuntum mawar merah dan nota Terima Kasih kepada guru-guru sekolah menengah seluruh Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap segala sumbangan mereka.

Inisiatif tersebut dijayakan oleh INTI untuk menghargai para guru yang berdedikasi dalam mendidik serta memberi inspirasi kepada para pemimpin masa hadapan. 

Ia merupakan kali pertama INTI menganjurkan acara sebegitu besar bagi tujuan meraikan sambutan Hari Guru. 

Ramai guru yang terkejut dengan pemberian tersebut dan gembira kerana segala usaha serta dedikasi mereka mendapat pengiktirafan. 

Selain itu, INTI turut menganjurkan konvensyen khas untuk guru di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. 

Konvensyen ini dianjurkan untuk para guru di seluruh Malaysia agar mereka dapat berkumpul dan menimba ilmu pengetahuan tentang kaedah-kaedah baru mengajar dan belajar. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03- 56232800 atau layari laman rasmi www.newinti.edu.my.

Utusan Malaysia Online: 21 Mei 2012

Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti

SEMPENA HARI GURU: Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menandatangani banting Rakyat Aman Harmoni 1Malaysia (RAHIM) dalam Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Pekarangan Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar, semalam. RAHIM adalah satu inisiatif rakyat Perak yang cintakan keamanan dan kestabilan dengan cara mengumpulkan sejuta tandatangan.


KUALA KANGSAR: Guru berinovasi adalah guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

"Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringat kebangsaan bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. 

"Keutamaan guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata," katanya. 

"Guru berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir," katanya. 

Muhyiddin berkata, guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar juga adalah guru berinovasi. 
"Guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata," katanya. 

Sekiranya semua guru di negara ini adalah guru inovasi, Muhyiddin yakin matlamat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan akan tercapai. 

Katanya, bagi memantapkan budaya inovasi di sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan murid. 

Muhyiddin berkata, menerusi pelan ini, sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. 

"Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif diharap akan digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk berinovasi," katanya. 

Beliau berkata, kerjasama kementerian dengan Agensi Inovasi Malaysia untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui Program i-Think juga adalah pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan pena'akulan di kalangan murid. 

"Program ini sudah dirintis di 10 sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran," katanya. 

Pada sambutan itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan kepada Datuk Omar Mohd Hashim serta Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan kepada Datuk Hassan Harun. 

Sementara itu, empat bekas pendidik pula menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2012 iaitu Datuk Ahmad Azmey Abu Talib, Datuk Mary Yap Kain Ching, Mohd Azman Abdul Rashid dan Lim Ia Lee @ Lim Irene. - BERNAMA, 16 Mei

Guru Perlu Berinovasi & Kreatif Dalam Mendidik Generasi Y dan Z


KUALA LUMPUR: Saban tahun, 16 Mei tetap dan akan terus dirai sebagai Hari Guru meskipun dunia pendidikan semakin berubah, menjadikancabaran yang dihadapi guru kini lebih hebat, sekaligus menuntut pendekatan inovasi serta kreativiti bagi melaksanakan tugas mendidik generasi Y dan Z.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Malaysia Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, guru perlu bijak memanfaatkanteknologi terkini, khususnya teknologi maklumat bagi mendekati pelajar.

“Guru perlu memanfaatkan media sosial seperti Facebook atau Twitter dan mengunakan media itu sebagai alternatif untuk menyampaikan bahan pembelajarandi samping mendekati dan memahami pelajar mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama sempena sambutan Hari Guru.

Generasi Y merujuk kepada kelompok yang lahir antara 1977 dan 1997 manakala generasi Z lahir antara 1998 hingga sekarang.

Meskipun perubahan pendekatan itu perlu, beliau berkata guru jangan sesekali melupakan cara lama seperti sentiasa mendekati pelajar secara bersemuka selainmengenali serta bermesra dengan keluarga pelajar mereka.

Mohamad Ali juga berkata menyediakan anak-anak dengan kemahiran dan kehidupan alaf baharu bukan hanya tanggungjawab guru dan sekolah, sebaliknya turut melibatkan ibu bapa yang perlu memahami sepenuhnya tugas serta peranan guru dalam mendidik anak mereka.

Beliau berkata, ibu bapa perlu bekerjasama erat dan sentiasa berbincang dengan guru mengenai hal berkaitan anak mereka.

“Pembelajaran anak-anak kita perlu keseimbangan antara penyampaian ilmu dan pembentukan akhlak mulia. Saya percaya dengan kerjasama erat antara guru dan ibubapa ini dapat menjadi kenyataan,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang pendidikan dan kini bertugas sebagai pensyarah bidang geologi di Universiti Malaya.

Presiden Persatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata guru kini perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat (IT) untuk menyampaikan ilmu dan menarik minat belajar anak didik mereka.

“Pelajar sekarang mempunyai pengetahuan luas dalam IT dan menggunakan pengetahuan IT mereka bagi mendapatkan maklumat di Internet. Ini menyebabkanmereka kadangkala mempunyai pengetahuan yang lebih daripada guru mereka,” katanya.

Mohamed Sabri, seorang guru besar di Pahang, berkata guru kini perlu menggunakan teknologi seperti persembahan multimedia di kelas dan laman sosial dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. — Bernama, 17 Mei

Senator Doris Meri Licha ba Pelajar Sekula Ngangkatka Pendiau Bansa


Gambar Lebuh Hari Indai:  Doris (dua kanan) begulai engau Lai (dua kiba), Laila (kanan) enggau raban ke bukai nyirap kek.

MIRI: Apai indai enggau pengajar bejalaika  tanggungjawab ke besai sereta berat ba pemansang enggau pengerembai pelajar nembiak sekula.

Mandal Yang Di-Pertua Dewan Negara, Senator Doris Sophia Brodie madah, kerejasama ke rat antara sida nya tau meri empas ke manah ngagai raban nembiak ngambika sida enda mantul sereta teulihka penyulut dalam pekara pelajar.

“Tugas ngajar raban anak ukai semina dilempai ba pengajar aja.Apai indai aruh bekerejasama enggau piak sekula betentuka bala anak sida teulihka pelajar ke menyana”, ku terang iya.

Iya bejaku munyi nya lebuh bejadika Licha Pelajar dalam Jaku Iban ke diatur Serakup Apai Indai enggau Pengajar (PIBG) Zon Senadin sereta saup ari Serakup Dayak Miri (DAM) begulai enggau Serakup  ALUMNI SMK Lutong Miri.

Doris ngelalau genap iku apai indai nembiak meretika tanggung pengawa sida dalam nyendiaka  pelajar ngagai anak sida seraya meri  Selamat Hari Indai ngagai bala indai ke bisi datai.

Dulu ari nya, Kepala Pengajar SK Senadin, Wilfred Mac ti mega chairman pengatur, nesau genap iku apai indai nembiak ngambika seruran besemekih ngangkatka pemanah akademik bala anak sida.

“Piak ari sekula begunaka kerejasama ari apai indai ngambika nyeridi bala anak sida dikena nyungkak pemujur anak ba pekara akademik”, tambah iya.

Berambaika leka jaku, “Pelajar Sekula Ngangkatka Pendiau Bansa”, digulu apai indai raban bansa Dayak ari sekula primari ke bisi dalam Zon Senadin.

Beberapa iku tukang licha udah dikangau bejuraika topik ke ditaga tau ngangkatka penaluk enggau penyedar bala apai indai bekaul enggau tanggungpengawa ngembing anak diri.

Bisi ngulu atur pengawa nya Presiden DAM, Jonathan Bedindang Ensu enggau Sapit Presiden DAM Alexander Isut Karin.

- UB, 18 Mei

Selangau Aruh Bisi Kolej Komuniti


Sitak nya bisi 8,000 iku nembiak ti begunaka pengelandik kena napi SCORE

SIBU: Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh Ikeh minta ngambika sebuah ari tiga Kolej Komuniti ke deka digaga ba Sarawak ditumbuhka ba sitak Selangau.

Mauh lebuh ditanya kemari madah, nyentuk kediatu sitak Selangau dipelabaka bisi 8,000 iku bala nembiak beumur 21 ngagai 45 taun.

“Enti sema kolej tauka sekula vokasyenal nya digaga ditu, aku andal bala nembiak sitak Selangau bulih latih pengelandik kena napi SCORE,” ku iya.

Tandu Mauh, pekara nya mega bisi dibantaika iya ba Aum Kunsil Nengeri (DUN) Ke-17 Renggat Kedua ke diatur ba hari ketiga aum nya.

Ba aum ke sebaka, Mauh mega madah iya bisi mantaika penemu ngambika raban pengereja pengawa enggau pemesai pengerai di Klinik Kesihatan Selangau, Selangau ditambah.

Ku iya, penyampau raban pengereja pengawa enggau pemesai pengerai diatu enda tetapika peminta sereta enda ulih gawa enggau manah ngagai mensia mayuh.

Bekenangka projek infranstruktur, Mauh ba aum DUN nya mega bisi minta ngambika projek ngaga jalai alun ulih dipejalaika enggau lengkas.

Tu nyengkaum ngaga Jalai Ulu Mukah/Nanga Kuo, Jalai Selangau/Rh Kudang enggau Jalai Oya/Pakoh.

Kelimpah enggau nya, Mauh mega ngarapka pengawa ngemanahka sebagi ari jalai alun berengkah ari pelilih Tapang nyentuk SK. St. Mark, Nanga Tamin dipejalaika enggau jampat.

Mauh mega minta perintah ngemanahka Jalai Sungai Gu nyentuk ke Rh Tinggi, Dijih, laban jalai nya bangat lichak enti sema musin ujan ngenyit nyadi.

Bejaku enggau silik, Mauh minta Opis Pengerara Api enggau Penyah Penusah (BOMBA) mega aruh digaga ngambika enda kelalu ngarapka bantu ari Sibu ti begunaka masa urung sejam datai ba Selangau.

“Nadai utai ulih diselamatka dalam timpuh sejam enti nganti BOMBA datai ari Sibu. Nya alai, pekara tu aruh diperatika perintah enggau silik,” ku iya.

Pia mega, iya ngarapka pengawa ngaga palan napis ai di Selangau enggau Stapang mega patut digaga enggau jampat ngambika rayat enda betapi enggau penanggul enda chukup bekal ai beresi.

- UB

16 Pelajar di Sabah Terima Surat Tawaran Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

NOR (kiri) menyampaikan surat tawaran biasiswa kepada seorang penerima, Mohd Sukri Radin ketika berkunjung ke rumahnya, sambil diperhatikan oleh ayah dan ibu Sukri.

KOTA KINABALU: Seramai 16 pelajar berpotensi di Sabah dipilih menerima surat tawaran biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata biasiswa itu ditawarkan kepada mereka bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, 16 pelajar itu merupakan kumpulan ketiga daripada 225 pelajar yang terpilih untuk diserap masuk ke dalam program Peneraju Tunas Potensi YPPB.

“Pendidikan merupakan jambatan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga, membasmi kemiskinan dan menjamin masa depan yang lebih cerah serta berjaya untuk bangsa dan negara.

“Pendidikan juga merupakan faktor penting dalam mempastikan anak-anak kita mampu bersaing, seiring dengan orang lain dalam usaha mengharungi arus perubahan menuju ke arah kejayaan,” katanya di majlis Program Jelajah Aspirasi – Zon Sabah di sini kelmarin.

Menurutnya, kerajaan telah mewujudkan program itu khas memberi peluang kepada pelajar-pelajar Bumiputera yang tinggal di dalam persekitaran sukar dan mencabar untuk menyokong potensi mereka agar mencapai kecemerlangan.

Nor berkata, ramai di kalangan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Biasiswa ini memberikan laluan untuk mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi terkemuka di dalam dan luar negara mengikut bidang yang akan menjamin tempat bagi mereka menceburi kerjaya yang berpendapatan tinggi,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu Ketua Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahayuddin dan Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

- UB, 18 Mei

> 100 Perwakilan Belia Hadiri Persidangan Persatuan Belia


BINTULU: Lebih 100 perwakilan belia yang membabitkan kakitangan di jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab sukan menghadiri Persidangan Persatuan Belia di sini dalam usaha membentuk peranan mereka dalam hal ehwal pembangunan di bahagian Bintulu.

Dua penceramah dijemput khusus membentangkan kertas kerja masing-masing dalam persidangan itu iaitu Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu Wan Ishak Wan Ahmad yang  mengupas mengenai `Belia Dalam  Kaca Mata 1Malaysia’.

Manakala pembentang kertas kerja kedua ialah bekas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Mohd Selihin Kachon yang  mengupas mengenai `Pengaruh Komunikasi Moden Dalam Pembangunan Belia’.

Persidangan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu  Sarawak (SABERKAS) Daerah Bintulu diadakan di Auditorium Perpustakaan Awam BDA di sini semalam.

Selihin semasa ditemui berkata, beliau dijemput khusus untuk berkongsi pengalamannya dengan para peserta terutama pengalamannya selama 30 tahun dalam kerajaan dan semasa menerajui kegiatan belia di negeri ini.

Turut diadakan dalam persidangan itu adalah sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Selihin.
Persidangan itu bertujuan untuk membincangkan isu serta masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia di semua peringkat.

Di samping itu ia juga untuk membincangkan kaedah berkesan pelaksanaan program-program pembangunan belia, sebagai  platform untuk perwakilan bertukar-tukar pendapat dan membincangkan kaedah terbaik bagi mengatasi permasalahan belia masa kini.

Keutamaan juga adalah untuk mewujudkan jaringan hubungan yang erat dalam kalangan perwakilan yang hadir dari pelbagai agensi kerajaan dan persatuan belia di bahagian Bintulu.

- UB, 18 Mei

SPA Keluar Kenyataan Balas Berhubung Sistem Pemohonan Kerja Cara Talian


KUCHING: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kelmarin mengeluarkan kenyataan balas berhubung sistem permohonan pekerjaan cara talian.

Menurut kenyataan terbabit, SPA merupakan pihak berkuasa yang melantik calon ke dalam perkhidmatan awam mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi melaksanakan fungsi tersebut, diwujudkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 di bawah Perkara 14(1) bahawa pengambilan pegawai ke dalam perkhidmatan awam hendaklah diiklankan.

Oleh kerana itu SPA telah mengiklankan di dalam Portal SPA bahawa pendaftaran permohonan adalah sepanjang masa.

Sementara itu Setiausaha SPA Datuk Lamien Sawiyo turut memperjelaskan dakwaan kenyataan Aktivis Sosial Wan Zaid Syed Mohdzar sebelum ini yang menyatakan bahawa SPA telah mengguna pakai borang pendaftaran pekerjaan secara online sepenuhnya (SPA8i) sejak tahun 2009 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan reaksi positif daripada calon-calon SPA.

Pada tahun 2011, borang SPA8i telah ditambah baik dengan memperkenalkan pula penggunaan MyID dan kata laluan bagi membolehkan calon menyemak status permohonan mereka dan dalam masa yang sama dapat menjaga keselamatan maklumat calon.

Semasa mendaftarkan permohonan, calon boleh mengisi maksimum lima jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan.

Calon tidak perlu mengisi semula borang permohonan dan boleh melanjutkan tempoh sah laku permohonan pada bila-bila masa.

Menurutnya urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA adalah bergantung kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh kementerian/jabatan.

Sekiranya kementerian/jabatan memohon pengisian, barulah SPA akan memproses permohonan calon-calon yang memohon jawatan tersebut.

Oleh yang demikian, calon perlu memastikan bahawa permohonan pendaftaran mereka masih dalam tempoh sah laku permohonan supaya tidak terlepas peluang dipanggil peperiksaan/temu duga.

Sekiranya melepasi tapisan yang ditetapkan dan layak dipanggil peperiksaan/temu duga, calon akan dimaklumkan melalui surat, e-mel dan boleh disemak melalui portal SPA.

“Bagi negeri Sarawak sahaja, bagi tempoh 2009 hingga 2011, SPA telah melantik 11,671 anak negeri Sarawak ke dalam perkhidmatan awam untuk pelbagai skim perkhidmatan.

“Oleh yang demikian, tidak timbul isu anak negeri Sarawak tidak diberi peluang untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam”.

Ketika mengulas mengenai isu pengangguran dan peluang pekerjaan hanya memfokus pengambilan pekerja tertentu sahaja, Lamien berkata, peluang pekerjaan dalam sektor awam bukanlah di SPA sahaja kerana ada pihak berkuasa melantik yang lain seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.

Calon dinasihatkan untuk memohon dengan pihak berkuasa melantik yang lain juga kerana mereka turut menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor awam.

- UB

Perpustakaan Negeri Sabah Mempergiat Kempen Guna E-Book


WONG (tengah) mewakili PNS menerima sumbangan buku daripada penulis terkenal Sabah, Datuk Raya Erom (kiri).


KOTA KINABALU: Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) akan terus mempergiat kempen dan promosi perkhidmatan Buku Elektronik (E-Book) dan Buku Audio (Audio-Book) kepada orang ramai.

Pengarahnya, Wong Vui Yin berkata, perkhidmatan terbabit memberi banyak kelebihan kepada pihak pengurusan perpustakaan dan pengguna.

Bagaimanapun, katanya, terdapat peningkatan jumlah pengguna perkhidmatan berkenaan sejak dilancarkan pada 2010.

“Melalui perkhidmatan E-Book, kita bukan sahaja dapat menguruskan pengurusan stok dengan lebih mudah, malah tidak berhadapan masalah bahan hilang atau tidak dikembalikan.

“Perkhidmatan ini juga membolehkan orang ramai mendapatkan bahan yang ada di perpustakaan tanpa perlu datang ke sini. Mereka boleh membacanya di telefon, iPad atau komputer peribadi,” katanya.

Katanya, dengan cara ini orang ramai tidak perlu membebankan diri untuk membawa buku tebal ke sana sini sebaliknya boleh membacanya di mana-mana sahaja.

“Tetapi, ketika ini kemudahan E-Book hanya untuk buku berbahasa Inggeris kerana kerjasama kita ketika ini hanya dengan sebuah syarikat penerbitan ternama di Amerika Syarikat.

“Kami sedang berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan penerbit tempatan untuk mewujudkan E-Book bagi bahan dalam Bahasa Melayu.

“Langkah ini secara tidak langsung akan dapat merancakkan budaya membaca di negeri ini,” katanya yang menambah, mereka juga akan wujudkan perkhidmatan E-Book dalam bahasa Cina.

Beliau turut melahirkan keyakinannya bahawa perkhidmatan ini tidak mengganggu penerbitan bahan bercetak kerana cara konvensional masih mempunyai peminatnya tersendiri.

Sementara itu, beliau mengakui perpustakaan negeri ketika ini berhadapan dana yang terhad untuk menyediakan kemudahan terbaik.

“Kami menguruskan lebih seratus perpustakaan di negeri ini. Dengan dana yang terhad, ia sememangnya agak sukar untuk kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan buku daripada penulis Sabah, Datuk Raya Erom di bangunan perpustakaan itu, kelmarin.

Wong berkata, tahun ini PNS menerima RM2.3 juta yang masih tidak cukup untuk menguruskan perpustakaan utama, wilayah (4), cawangan (18), perpustakaan bergerak van (13), DesaNet (8) dan perpustakaan desa (75).

Paling penting, katanya, kebanyakan perpustakaan ini terletak di luar bandar dan pedalaman seperti Pagalungan, Long Pasia, Tongod dan Pulau Banggi.

“Perpustakaan menjadi pusat rujukan penting bagi mereka di luar bandar. Pelajar mencari bahan rujukan di sana. Kita juga sediakan majalah, suratkhabar dan buku untuk mereka.

“Malah, buku rujukan peperiksaan adalah paling terkenal untuk mereka di luar bandar kerana untuk membeli buku yang berharga lebih RM20, sudah pasti ada yang tidak mampu,” katanya.

Ketika ini, penghantaran buku ke kawasan perpustakaan di luar bandar dan pedalaman dibuat tiga bulan sekali.

Bagaimanapun, PNS bakal bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk perkhidmatan penghantaran buku setiap minggu ke kawasan berkenaan.

“Kita masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan berharap mereka akan luluskan permohonan itu,” katanya.

Katanya, mereka juga memerlukan dana bagi menyediakan buku-buku yang diminta oleh kebanyakan pengguna selain mengganti bahan bacaan yang rosak.

“Kita terpaksa bersaing dengan agensi yang boleh memberi pulangan kepada kerajaan.
“Bagaimanapun, kita berharap semua pihak sedar yang perpustakaan menawarkan penyedia perkhidmatan sosial dan ia adalah pelaburan sepanjang hayat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan telah menyebabkan remaja berhenti membaca apabila mereka telah tamat persekolahan.

“Membaca seharusnya menjadi hobi sepanjang hayat, bukannya hanya kerana mahu lulus peperiksaan. Jadi, walaupun sudah berkerjaya, masih juga perlu membaca,” katanya.

Sementara itu, Datuk Raya Erom berkata, golongan remaja kini tidak begitu berminat dalam penulisan bersifat ilmiah sebaliknya lebih kepada penulisan secara bebas di laman blog.

Beliau berkata, kesannya, penggunaan perkataan dan gaya bahasa yang bebas telah merosakkan bahasa itu sendiri.

“Semua pihak terutamanya ibu bapa harus mendidik anak mereka membudayakan penggunaan bahasa yang betul,” kata penulis buku motivasi Cerminan Kehidupan ini.

Beliau kini dalam proses menyiapkan buku beliau yang seterusnya dan bakal melancarkan Pusat Seni Suria di Alam Mesra pada Jun nanti.

Pusat terbabit adalah kemudahan untuk kanak-kanak miskin mendalami bidang teater, muzik, tarian dan lukisan.

Buku Cerminan Kehidupan adalah memoir kehidupan beliau bersama keluarga dan mengandungi kisah masyarakat yang ditemui di setiap tempat yang disinggahi.

Sementara itu, hasil jualan buku ini disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Suria.

- UB, 18 Mei

RM2.5 Juta Diluluskan Untuk Pembangunan SK SLDB Ladang 3

SIBU: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) SLDB Ladang 3, Mukah dekat sini  mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Daerah Mukah atas pemberian projek pembangunan sekali gus dianggap sebagai hadiah Hari Guru pada tahun ini.

Guru Besarnya, Romji Beki berkata, projek pembangunan tersebut pastinya akan meningkatkan motivasi para guru dan murid untuk berusaha lebih gigih ke arah kecemerlangan sekolah.

“Gembira tidak terhingga dan ucapan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Daerah Mukah kerana atas dasar keprihatinan pihak tersebut projek pembangunan SK SLDB Ladang 3, Mukah telah diluluskan RM2.5 juta untuk pembangunan bukanlah jumlah yang sedikit.

“Warga kami di SK SLDB Ladang 3 menganggap berita mengenai projek pembangunan di sekolah yang telah berusia lebih 50 tahun ini seperti satu mimpi menjadi kenyataan,” ujarnya.

SK SLDB Ladang 3 mempunyai 12 orang tenaga pendidik, sembilan kakitangan sokongan serta seramai 169 orang murid (Tahun 1 hingga 6) dari 10 buah rumah panjang berdekatan.

Romji yang menjadi peneraju sekolah itu sejak 10 bulan lepas ketika ditemui baru-baru ini berkata, berita tentang projek pembangunan itu umpama hadiah sempena Hari Guru kepada warga pendidik, murid dan ibu bapa serta penduduk setempat.

Dalam masa terdekat, kawasan Sekolah SK SLDB Ladang 3 seluas 2.83 hektar akan dibangunkan dengan projek empat blok bilik darjah, dua blok asrama (asrama lelaki dan asrama perempuan) serta satu blok rumah kediaman guru (dua unit).

Pada 8 Mei 2012 lepas, menurut Romji, pihak perunding, kontraktor dan arkitek dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah melawat tapak kawasan SK SLDB Ladang 3 untuk urusan perancangan dan pengurusan tempat membangunkan beberapa buah bangunan tersebut.

Projek di bawah Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10 itu akan diusahakan oleh Syarikat Jurudaya Construction Sdn Bhd.

Selain itu, warga SK SLDB Ladang Mukah turut menerima sebuah enjin jana kuasa yang sedang dalam pembinaan dan akan menerangi seluruh kawasan SK SLDB Ladang 3, Mukah tidak lama lagi.

- UB

22 Pelajar Cemerlang Malaysia Terima Biasiswa Maxis RM3.16 Juta


GEMBIRA: Phoebe (kanan) ditemani bapa beliau begitu teruja dan gembira menjadi salah seorang penerima MSEA.


KUALA LUMPUR: Maxis Berhad (Maxis), penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu terbesar Malaysia baru-baru ini telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (MSEA) bernilai sebanyak RM3.16 juta kepada 22 pelajar muda Malaysia yang cemerlang.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda.

Raja Arshad dalam ucapannya memberitahu sehingga 21 Disember 2011, Maxis menganugerahkan biasiswa berjumlah RM32.2 juta kepada 133 mahasiswa dan 27 siswazah.

“Melalui Biasiswa Maxis untuk program kecemerlangan, kami telah memperkukuhkan komitmen kami terhadap bidang pendidikan dengan menyediakan bakat muda Malaysia yang terbaik sokongan kewangan yang mereka perlukan serta peluang pendidikan bertaraf dunia untuk mencapai aspirasi mereka,” katanya.

Phoebe Tang, 21, gadis berasal dari Kuching, Sarawak melahirkan rasa gembira setelah dipilih sebagai salah seorang penerima.

“Saya begitu teruja apabila dipilih sebagai salah seorang penerima biasiswa kerana peluangnya amat tipis. Dengan biasiswa ini, saya menapak satu langkah lagi dalam mendekati impian saya kerana saya kini boleh menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran dan bukannya bimbang tentang membiayai pengajian saya seterusnya” katanya lagi.

Phoebe yang kini sedang melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Monash University turut mengucapkan terima kasih kepada Maxis yang telah menawarkan peluang tersebut kepadanya.

- UB, 19 Mei

Kepayahan Hidup Dorong Anak Penan Capai Kejayaan Dalam Pelajaran



KUCHING: Melihat keadaan penduduk sekitar yang tidak bekerja dan hidup dalam keadaan susah membuatkan seorang anak Penan, Lerroy Lemen berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Usaha berterusan Lerroy, 18, yang berasal dari Long Lemai membuahkan hasil apabila berjaya mendapat keputusan 6A, 1B dan 1C pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

Dengan kejayaan itu, Lerroy menjadi anak Penan kedua berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Menurutnya, persekitaran kampung yang daif mendorong untuk belajar bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

“Jumlah budak kampung yang ramai tidak bekerja dan hidup susah memberi dorongan kepada saya untuk bekerja untuk mengubah corak kehidupan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dia berkata, sesi persekolahannya bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lemai dan kemudiannya diteruskan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bario dari Tingkatan Satu hingga Tiga kerana kampung tersebut tidak memiliki sekolah menengah.

Kemudiannya, untuk Tingkatan Empat dan Lima Lerroy berpindah pula ke SMK Marudi.
Lerroy merupakan salah seorang daripada 15 penerima Biasiswa Tunas Potensi Negeri Sarawak daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, semalam.

“Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang ekonomi dan pengurusan atau pengajian pendidikan,” ujarnya yang merupakan anak pertama dari enam adik-beradik.

Malah, kecekalan yang ditunjukkan Lerroy turut mendapat perhatian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Nor Mohamed berkata, Lerroy terpaksa melalui laluan sungai, darat dan udara untuk sampai ke lokasi temu duga Program Tunas Potensi.

“Perjalanannya ke Kuching mengambil masa tiga hari. Di sebalik kepayahan yang terpaksa ditempuhi, anak muda ini (Lerroy) mendapat kejayaan membanggakan dalam peperiksaan SPM,” jelasnya.

- UB, 19 Mei



KUCHING: “Saya mahu menjadi pakar psikologi bagi membantu masyarakat Penan dan membuktikan orang Penan juga mampu cemerlang seperti kaum lain,” kata Lerroy Lemen, 18, daripada kaum Penan yang menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB), semalam. 
Penganugerahan itu diberikan selepas Lerroy mencatatkan keputusan cemerlang iaitu 6A, 1B dan 1C dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini. Lerroy antara 15 pelajar Bumiputera Sarawak mendapat biasiswa YPPB yang jumlah keseluruhannya bernilai RM158 juta. 
Berasal dari satu komuniti kecil Penan di Long Lamai, Marudi, iaitu kira-kira 200 kilometer (km) dari Miri dan 30 km dari sempadan Indonesia, bukan penghalang kepada Lerroy meraih keputusan cemerlang SPM, sekali gus layak menerima biasiswa itu. 
Mengimbas kisah di sebalik kejayaan diraihnya, Lerroy berkata selepas tamat sekolah rendah, dia terpaksa meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah di Bario sehingga tingkatan tiga. 
Dia kemudian menyambung pengajian tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi. 
Dalam keputusan SPM baru-baru ini, Lerroy memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Perdagangan, Sains dan Moral, manakala B untuk Matematik dan Bahasa Inggeris C. 
“Bagi memenuhi cita-cita saya, langkah pertama ialah mendaftarkan di Kolej Taylor di bawah program prauniversiti Kanada yang bermula Julai ini. Saya dibesarkan dalam kehidupan ‘survival’, berdikari demi kelangsungan hidup dan memahami betapa sukarnya kehidupan di kampung. 
“Mempunyai kehidupan survival adalah baik, tetapi tidak cukup untuk hidup di dunia moden ini dan saya bertekad mengubah cara hidup demi kesejahteraan masyarakat Penan,” katanya ketika ditemui pada Penyampaian Biasiswa YPPB, semalam. 
Biasiswa itu memberi peluang kepada pelajar SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang meraih keputusan cemerlang dari kawasan pedalaman melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang pilihan masing-masing. 
Penyampaian biasiswa itu adalah kali keempat membabitkan 225 pelajar terpilih selepas Melaka, Kelantan dan Sabah. Majlis disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Turut hadir, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Len Talif Salleh yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahayuddin. 
Terdahulu dalam ucapannya, Raja Azura berkata, objektif YPPB ialah menyediakan pendidikan berkualiti dan peluang pekerjaan lebih baik kepada pelajar cemerlang Bumiputera yang berprestasi tinggi. 
“Kami bukan saja menawarkan biasiswa, malah memberi bimbingan serta kemahiran diperlukan dalam persekitaran kerja pada masa akan datang kepada pelajar terpilih,” katanya. 
Sementara itu, Nor Mohamed berkata, kerajaan menyedari kesukaran pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi disebabkan masalah kewangan. 
myMetro 19 Mei 2012

Pelajar Lepasan SPM Fenney Doimis Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Menengah (SPM), Fenney Doimis, 18, menjuarai pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, malam kelmarin.

Dia yang memenangi wang tunai RM4,000, barang kemas Diamoney bernilai RM3,000 serta hadiah iringan lain, akan mewakili Kota Kinabalu ke peringkat negeri akhir bulan ini.

Naib johan pula dimenangi pelajar, model dan penyanyi sambilan, Charlyn Christopher Sherman, 18, yang membawa pulang wang tunai RM3,000, barang kemas Diamoney bernilai RM2,000 dan hadiah iringan, akan mewakili Likas ke peringkat negeri.

Sementara pemenang ketiga bekerja di sebuah agensi pelancongan, Vanessa Samantha Manih, 25, dan mewakili Tanjung Aru ke peringkat negeri. Dia meraih wang tunai RM2,000, barang kemas Diamoney bernilai RM1,500 dan hadiah iringan.

Tempat keempat, Jun Mitchelle Maisi, 22, pula menerima wang tunai RM800 dan hadiah iringan, manakala tempat kelima, Frederica Fabian Peter, 22, menerima wang tunai RM500 dan hadiah iringan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Datin Florence Malangkig selaku Pengerusi Puspanita cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, iaitu isteri Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Abidin Madingkir.

- UB

SMK Penrissen No 1 Juara Kejohanan Liga Hoki Tertutup Sarawak (Bawah 19 Tahun)


KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen No.1 membuktikan kehebatan mereka apabila merangkul mahkota juara Kejohanan Liga Hoki Tertutup Sarawak (Bawah 19 Tahun) di Stadium Astroturf Padungan, di sini semalam.

SMK Penrissen mene-waskan SMK Meradong, Sarikei 2-0 pada perlawanan akhir yang cukup menarik.

Pemain berbakat SMK Penrissen, Luther Vandross Thomson telah melakukan ‘jaringan emas’ gol pertama menerusi pukulan sudut penalti pada babak pertama.

Jaringan kedua pula dilakukan oleh Andrew Abrandren Vylienden dalam masa lima minit terakhir permainan.

Pengurus pasukan, Aras @ Aris Selutan ternyata amat gembira dengan prestasi anak-anak buahnya dalam perlawanan akhir semalam dan sepanjang kejohanan.

“Pemain-pemain kami berjaya mempamerkan persembahan hebat, komitmen serta semangat perjuangan tinggi untuk mencapai kejayaan ini,” katanya.

Aras memberitahu bahawa SMK Penrissen No 1. hanya tewas satu perlawanan iaitu dibenam SMK Asajaya B 1-2 dan seri dua kali serta memenangi semua perlawanan.

Mereka mengumpul 35 mata bagi mengungguli carta liga sementara SMK Meradong menduduki tempat kedua atas perbezaan gol, selepas kedua-dua pasukan terikat jumlah mata yang sama.

“Kami mempunyai empat pemain dalam tingkatan lima dan dua masing-masing di tingkatan empat dan tingkatan dua. Ini bererti kami mempunyai pasukan yang kuat untuk tahun depan bagi mempertahan kejuaraan,” katanya.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Setiausaha Persatuan Hoki Sarawak (PHS), James Brodie.
Dalam ucapannya, James berkata kejohanan itu akan diadakan berskala lebih besar pada tahun akan datang.

“Kami akan menganjurkan kejohanan terbabit semasa cuti sekolah tahun depan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan,” katanya.

Lima belas pasukan dari tujuh buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan julung kali itu yang diadakan selama tiga minggu, dengan jumlah sebanyak 115 perlawanan.

Pasukan terbabit adalah SMK Penrissen no.1 A, B dan C, SMK Muara Tuang A, B dan C, SM Sains A, B dan C, SMK Lake A dan B, SMK Asajaya A dan B, SMK Paku dan SMK Meradong.

Kejohanan itu bertujuan memilih lapan pemain untuk membentuk skuad bawah 19 tahun Sarawak bagi bertanding ke Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan November depan.

- UB, 21 Mei

Pembinaan SK & SMK Petagas Perlu Dipercepatkan


YAHYA (kanan) bersama beberapa pegawai Kementerian Pelajaran ketika meninjau kawasan tapak projek pembinaan sekolah itu.


PUTATAN: Pelaksanaan projek pembangunan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas di sini dijangka bermula tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, projek yang bernilai lebih kurang RM70 juta itu diluluskan dalam Pelan Pusingan Pertama, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Menurutnya, kerja pengambilan tanah untuk pembangunan projek itu dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dan ia turut melibatkan kerja merobohkan beberapa rumah yang menghala ke tapak projek itu.

“Pembinaan jalan raya untuk ke tapak projek ini dimulakan sejak tahun lepas lagi dan kerja-kerja merobohkan rumah juga telah selesai dijalankan.

“Saya turut dimaklumkan peruntukan untuk pembayaran pampasan yang melibatkan beberapa buah rumah penduduk telah diserahkan,” katanya kepada media ketika mengadakan lawatan ke tapak projek terbabit di sini kelmarin.

Beliau berkata, kedudukan tanah bagi kawasan projek itu agak rendah dan kerja menimbus tanah perlu dijalankan terlebih dahulu.

Yahya berkata, apabila kerja menimbus tanah bermula, pembinaan bangunan sekolah itu juga akan dijalankan.

Sehubungan itu, beliau berharap kerja-kerja pembinaan dapat disegerakan secepat mungkin dalam tahun ini juga.

“Pembinaan sekolah ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan ia mampu menampung jumlah pelajar seramai 3,000 orang untuk kedua-dua sekolah.

“Dengan adanya SMK dan SK Petagas di kawasan ini, ia dapat memenuhi keperluan penambahan sekolah memandangkan Putatan hanya mempunyai dua buah sekolah menengah.

“Kedudukan Putatan yang hampir dengan kawasan bandaraya menyebabkan kadar jumlah penduduknya meningkat mendadak sekali.

“Justeru, kita memang memerlukan lebih banyak sekolah dan permohonan untuk pembinaan beberapa buah sekolah lagi akan dibuat untuk kawasan Putatan,” katanya.

- UB

Tumpu Persekitaran Pembelajaran di Sabah, Sarawak


MIRI: Kementerian Pelajaran wajar memberi lebih tumpuan terhadap persekitaran pembelajaran di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak bagi memastikan sekolah mereka dilengkapi dengan kemudahan yang berkualiti.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, dengan adanya kemudahan dan fasiliti yang berkualiti, ia secara tidak langsung menarik minat para guru untuk mengajar di luar bandar.

“Persekitaran sekolah di luar bandar Sabah dan Sarawak wajar dinaik taraf untuk manfaat guru dan pelajar.

“Tanpa kemudahan yang berkualiti, mustahil untuk mereka mencapai kecemerlangan setaraf dengan sekolah di bandar,” katanya ketika dihubungi semalam.

William Ghani mengulas mengenai peruntukan sebanyak RM987.1 juta untuk sekolah di negara ini yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Menurut Muhyiddin, sebanyak 4,374 sekolah di seluruh negara akan menerima peruntukan itu secara berfasa mulai bulan depan untuk membiayai pembinaan, membaik pulih dan penyelenggaraan.

“Kami menyambut baik terhadap pengumuman peruntukan itu, justeru kami berharap sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak tidak terlepas pandang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, William Ghani mencadangkan agar pihak pelajaran dan pegawai pejabat daerah bekerjasama dengan guru besar di kedua-dua negeri untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sekolah luar bandar.

“Dengan adanya kerjasama dengan guru besar, mereka lebih tahu apa keperluan segera di sekolah tersebut.

“Selain itu, mereka boleh mendapatkan maklumat daripada ketua komuniti untuk memudahkan mereka tahu apa permasalahan yang dihadapi dan menyalurkan peruntukan,” katanya.

- UB, 22 Mei

Calon PMR Nekad Minum Racun Bunuh Diri


LIMBANG: Seorang pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) nekad untuk membunuh diri dengan meminum racun rumput jenis paraguat 130 di kediamannya di Kampung Ulu Merasam Jalan Meritam malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu,mangsa ditemui sepupunya terbaring dengan cecair hijau keluar dari mulutnya selepas dipercayai meminum racun tersebut di bahagian dapur rumahnya.

Ketua Polis Daerah Limbang Pemangku Superitenden Mohd Bukhori Saffai berkata mangsa bertindak untuk membunuh diri kerana tertekan selepas ditegur dan dinasihati ahli keluarganya.

“Ahli keluarga mangsa ada menegur mengenai sikap mangsa yang diberi surat amaran pihak sekolah untuk kali keempat dan berkemungkinan juga akan dibuang sekolah kerana masalah disiplin.

“Selepas tertekan dengan masalah sekolah, mangsa kemudiannya nekad meminum racun rumput dan dikejarkan hospital pada malam kejadian,” katanya.

Mohd Bukhori berkata laporan polis dibuat pada malam Sabtu lepas selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak hospital.

Mangsa katanya akan disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan bunuh diri.

“Mangsa yang kini dalam keadaan stabil masih dirawat di Hospital Limbang,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo