Friday, January 04, 2013

5 Dituduh Rogol, Bunuh Pelajar Perempuan

  Pengajar.Info       Friday, January 04, 2013
Peguam-peguam di India menyertai protes di luar Mahkamah Daerah Saket hari ini.  
 
NEW DELHI - Pihak berkuasa India secara formal mengenakan tuduhan merogol dan membunuh ke atas lima lelaki berhubung kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol bergilir-gilir dalam sebuah bas sedang bergerak di sini, pertengahan bulan lalu.

Selepas dirogol, mangsa dan rakan lelakinya dicampak keluar dari bas.

Polis berkata, pihaknya mahu meminta agar mahkamah mengenakan hukuman mati ke atas tertuduh.

Pendakwa Raya Rajiv Mohan memfailkan tuduhan merogol, memusnahkan bukti, menculik, membunuh dan tuduhan-tuduhan lain.

Kelima-lima mereka akan dibicarakan di sebuah mahkamah khas, yang akan mendengar kes itu dengan segera.

Suspek keenam, seorang bawah umur, tidak dibawa ke mahkamah hari ini.

Laporan media menyebut bahawa tuduhan ke atas mereka didengar di depan majistret hari ini dan akan dipindahkan ke mahkamah khas. Prosiding dijangka bermula hujung minggu ini.

Mahkamah dijadual akan meneliti dokumen kes setebal 1,000 halaman termasuk keterangan mangsa.

Pelajar perempuan itu meninggal di Singapura ketika menerima rawatan susulan.

logoblog

Thanks for reading 5 Dituduh Rogol, Bunuh Pelajar Perempuan

Previous
« Prev Post

No comments: