Thursday, January 10, 2013

Ops Cegah Jenayah: 6 Remaja Lelaki & 2 Pelajar Sekolah Ditahan

  NR       Thursday, January 10, 2013

SIBU: Seramai enam orang remaja lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah di sini ditahan dalam satu ‘Ops Cegah Jenayah’ yang dilancarkan di Sibu Jaya malam kelmarin.

Ketua Balai Polis Sibu Jaya, Cif Inspektor Wan Mazlan Mohamad berkata kesemua mereka bagaimanapun dilepaskan selepas diambil keterangan.

Selain itu, pihak polis turut menahan empat buah motosikal untuk diperiksa sebelum diserahkan semula tidak lama kemudiannya kepada mereka.

Wan Mazlan berkata, operasi itu akan diteruskan untuk memastikan kawasan bandar Sibu Jaya selamat daripada sebarang kejadian jenayah.

“Kita merasakan operasi ini sangat berkesan dalam memerangi sebarang aktiviti jenayah dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Operasi tersebut juga sebahagian daripada aktiviti untuk tahun 2013 terutamanya dalam mengekang kejadian curi kereta dan juga motosikal di sekitar kawasan Sibu Jaya,” katanya.

Wan Mazlan memberitahu, orang ramai juga diharapkan dapat terus menjalinkan kerjasama dengan pihak polis.

Beliau berkata, setiap maklumat yang disalurkan sentiasa diberi penekanan teliti dengan menyertakan tindakan susulan.

Polis Sibu Jaya juga turut mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Lapangan Terbang Sibu.

Sekatan tersebut akan diadakan setiap hari terutamanya pada waktu malam.

“Apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan semua pihak, terutamanya dalam meningkatkan sistem keselamatan.

“Kita juga akan terus berusaha dari semasa ke semasa terutamanya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat setempat,” katanya.

- UB, 9 Jan
logoblog

Thanks for reading Ops Cegah Jenayah: 6 Remaja Lelaki & 2 Pelajar Sekolah Ditahan

Previous
« Prev Post

No comments: