Thursday, January 03, 2013

Pelajar UMS, UPM Lawat Kg Penan Muslim Bt 10

  Pengajar.Info       Thursday, January 03, 2013
BINTULU: Seramai 20 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan 15 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu telah mengadakan lawatan sambil belajar sempena Program Lambaian Sarawak di Kampung Penan Muslim Batu 10 semalam.

Seramai 13 keluarga di kampung berkenaan turut terlibat sebagai keluarga angkat kepada pelajar berkenaan dalam program tersebut.

Menurut Ketua Kaum Raini Piee, antara aktiviti yang disertai oleh pelajar berkenaan ialah program gotong-royong memasak, lawatan ke Batu Rasak dan sukaneka yang diketuai oleh Penolong Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS Awang Nasip Youos.

Katanya pelajar turut diberi penerangan ringkas mengenai sejarah dan asal-usul kampung tersebut.

Jelasnya, program yang sama akan turut diadakan pada 20 hingga 26 Januari ini melibatkan 30 pelajar daripada kampus induk UPM Serdang.

“Saya berterima kasih kepada para pelajar yang terlibat kerana sudi melawat ke Kampung Penan Muslim Batu 10 di sini,” ujarnya di sini semalam.

Beliau berkata, sebelum ini lawatan yang sama membabitkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Similajau dan lawatan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak.
logoblog

Thanks for reading Pelajar UMS, UPM Lawat Kg Penan Muslim Bt 10

Previous
« Prev Post

No comments: