Monday, January 21, 2013

Pengajian Kolej Vokasional Betong Bermula 21 Januari 2013

  NR       Monday, January 21, 2013

BETONG: Kolej Vokasional Betong akan memulakan sesi pengajian bagi Pelajar Tahun 1 bermula 21 Januari ini.

Justeru, sesi pendaftaran pelajar baharu akan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga jam 4.00 petang di Dewan Sri Kenanga Kolej Vokasional Betong.

Kenyataan akhbarnya memberitahu, pelajar dikehendaki berpakaian seragam lengkap iaitu berkemeja putih, berseluar dan berkasut hitam semasa pendaftaran.

Jawatankuasa Pengambilan Pelajar Kolej Vokasional Betong (JKPP) menasihati semua pelajar agar menyedia dan melengkapkan semua dokumen seperti yang terdapat pada Lampiran A yang dilampirkan bersama surat tawaran.

”JKPP KV Betong juga mengingatkan bahawa pelajar yang gagal melaporkan diri pada 21 Januari 2013 secara automatik dianggap menolak tawaran.

”Oleh itu, semua pelajar yang tidak dapat mendaftar pada 21 Januari diminta menghubungi Pegawai Meja JKPP di talian 083-472160.

“Bagi pelajar yang telah mengemukakan rayuan dan permohonan secara ‘walk-in’ sebelum ini, keputusan permohonan akan diketahui secara rasmi pada 22 Januari ini,” jelas kenyataan itu.

Pihak JKPP Kolej Vokasional Betong akan menghubungi mereka untuk memaklumkan keputusan tersebut. Bagi pelajar yang belum mengemukakan sebarang permohonan tetapi masih berminat, pelajar boleh datang secara ‘walk-in’ pada 22 Januari dengan membawa bersama salinan kad pengenalan dan slip keputusan PMR 2012.

Bagaimanapun, tawaran adalah tertakluk kepada kekosongan kursus dipohon.

Dalam pada itu, sebarang kemusykilan para pelajar boleh berhubung terus dengan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Nayan Yamin, Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya Sangin Juat dan Pegawai Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Betong Muhirman Mu-Alim.

- UB



logoblog

Thanks for reading Pengajian Kolej Vokasional Betong Bermula 21 Januari 2013

Previous
« Prev Post

No comments: