Monday, January 21, 2013

Pihak Pengurusan Universiti Diminta Pastikan Tiada Edaran Bible BM

  NR       Monday, January 21, 2013

PASIR GUDANG - Pihak pengurusan universiti diminta memantau aktiviti di kampus masing-masing untuk memastikan tidak ada pengedaran Bible berbahasa Melayu dilakukan oleh pihak tertentu. 
   
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap universiti tertakluk dengan peraturan dan keputusan ditetapkan kerajaan termasuk mengenai penyebaran agama lain di kalangan umat Islam di negara ini.
   
"Ini soal nasional, soal pengedaran Bible atau apa jua risalah kita tertakluk dengan keputusan yang dibuat...sehubungan itu pihak universiti kena menjaga universiti masing-masing supaya perkara ini tidak terjadi," katanya.
   
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Adun Permas, Datuk M Munusamy, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang On Jabbar.
   
Dalam perkembangan lain Mohamed Khaled mencadangkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang mewujudkan satu yayasan yang boleh dijadikan medium untuk menyelaras aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR) oleh industri kilang dan syarikat di kawasan itu.
   
"Satu kelebihan di Pasir Gudang ialah banyak terdapat syarikat dan industri kilang yang sebenarnya bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan tetapi juga meningkatkan ekonomi setempat.
   
"Hasil keuntungan yang mereka perolehi, syarikat-syarikat ini juga sudah tentu ingin melaksanakan CSR mereka terhadap penduduk setempat, namun kadangkala tidak mempunyai saluran yang sesuai," katanya - Bernama
logoblog

Thanks for reading Pihak Pengurusan Universiti Diminta Pastikan Tiada Edaran Bible BM

Previous
« Prev Post

No comments: