Wednesday, January 09, 2013

Program Bersama Ustaz Don di Unimas Tarik Perhatian Mahasiswa Dekati Ilmu Agama

  NR       Wednesday, January 09, 2013

KOTA SAMARAHAN 30 Dis. - Program Bersama Ustaz Don anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini semalam berjaya menarik mahasiswa untuk mendekati ilmu agama.

Pengarah program, Norima Amat Sailan berkata, program yang pertama kali diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra itu adalah usaha pihak universiti dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang rohani dan intelek.

Katanya, program yang berlangsung dari pukul 9 pagi itu bertemakan Inspirasi Remaja Islam turut berjaya menarik perhatian masyarakat setempat.

"Semua orang mengenali nama Ustaz Don Daniyal Biyajid yang popular dengan program 30 Minit Ustaz Don apabila berjaya menambat hati penonton

"Kejayaan tersebut menjadi sebab utama Unimas menjemput Ustaz Don ke kampus ini kerana beliau cukup dikenali dengan pendekatan dakwah yang mudah dan sesuai dengan jiwa golongan muda," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Unimas dan turut dihadiri Dekan fakulti tersebut, Prof. Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim dan Dekan Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS, Prof. Madya Dr. Rusli Ahmad.

Sementara itu, Norima berkata, pihaknya berharap melalui penganjuran program tersebut dapat menggalakkan mahasiswa terus menambah ilmu pengetahuan dalam bidang agama.

"Kita sebenarnya sedih apabila melihat mahasiswa hari ini berasa terlalu selesa dengan kemajuan yang dinikmati sehingga melalaikan mereka.

"Oleh itu, amat wajarlah penganjuran program seperti ini diadakan agar generasi muda sentiasa dipimpin dengan kaedah yang betul," katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Program Bersama Ustaz Don di Unimas Tarik Perhatian Mahasiswa Dekati Ilmu Agama

Previous
« Prev Post

No comments: