Monday, January 07, 2013

Rasuah Punca Sekolah Lawas dikunci?

  NR       Monday, January 07, 2013
 Inilah sekolah tersebut

KUALA LUMPUR 7 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat insiden Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas yang dikunci ekoran pertikaian kontraktor projek sekolah itu.

“Ia tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sesi persekolahan baru bermula. SPRM perlu siasat jika ada unsur rasuah. Kita menuntut demikian kerana rakyat mahu tahu keadaan sebenar,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Beliau mengulas tindakan subkontraktor projek mengunci sekolah 2 Januari lalu berikutan belum membuat bayaran kepada mereka selain menanggung kerugian RM2 juta.

Nazib juga menuntut Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi penjelasan.

“Jika saluran kewangan negara telus, tiada salah guna kuasa dan rasuah, kita yakin insiden memalukan ini tidak berlaku,” katanya kepada Keadilan Daily.

- Keadilan Daily
logoblog

Thanks for reading Rasuah Punca Sekolah Lawas dikunci?

Previous
« Prev Post

No comments: