Thursday, January 10, 2013

RMK10: SK Pulau Seduku, Sri Aman Bakal Dipindah ke Darat

  NR       Thursday, January 10, 2013
Cadangan pemindahan dari lokasi asal sudah dimasukkan dalam Pelan Pusingan Ketiga RMK10

SRI AMAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku, Sri Aman yang terletak di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Seduku bakal dipindahkan ke darat suatu hari nanti.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata cadangan pemindahan sekolah itu dari lokasi asalnya di pulau kini sudah dimasukkan dalam Pelan Pusingan Ketiga di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Menurutnya, sekolah itu nanti bakal dipindahkan ke Penempatan Baharu Kampung Agropolitan Pulau Seduku, Sri Aman.

Selain itu, Fuad memberitahu kementeriannya bakal mempertimbang usaha membina bangunan sekolah berasaskan Sistem Pasang Siap berikutan SK Pulau Seduku ketika ini serba kekurangan pelbagai faktor selain disebabkan masalah pengangkutan.

“Sistem Pasang Siap ini adalah satu pendekatan bakal dipertimbangkan agar sekolah itu dapat dipindah ke kawasan tanah besar dengan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada sesi lawatan ke sekolah tersebut semalam.

Beliau berkata, pendekatan ini dilakukan memandangkan kelulusan untuk mendapat peruntukan bagi membina sebuah bangunan baharu di bawah Pelan Pusingan Ketiga RMK10 mungkin mengambil masa yang agak lama.

Bagaimanapun, Fuad menafikan bahawa keperluan untuk membina sekolah baharu SK Pulau Seduku bukannya murid-murid dan guru-guru yang berkhidmat di sekolah itu berdepan dengan risiko ancaman buaya memandangkan lokasi sekolah itu terletak di tengah perairan Sungai Batang Lupar.

Selain itu, Fuad memberitahu bila pemindahan SK Pulau Seduku itu dapat dilakukan belum ditetapkan berikutan ia masih dalam perbincangan.

SK Pulau Seduku mula beroperasi pada 1973 mempunyai seramai 17  orang murid-murid, 11 kakitangan akademik dan lima kakitangan sokongan tahun ini.

Kesemua murid-murid dan kakitangan sekolah tersebut masih menjadi penghuni di Pulau Seduku, sejak penduduk kampung berpindah ke penempatan baharu, Kampung Agropolitan Pulau Seduku lebih dua tahun lalu.

Ketika ini, warga SK Pulau Seduku berdepan dengan masalah perhubungan berikutan bergantung air pasang surut  ketika hendak berurusan dengan pekan Lingga mahupun bandar Sri Aman.

- UB
logoblog

Thanks for reading RMK10: SK Pulau Seduku, Sri Aman Bakal Dipindah ke Darat

Previous
« Prev Post

No comments: