Sunday, January 13, 2013

Sekolah-Sekolah Pondok di Kelantan Buat Laporan Polis Mengenai Tuntutan "Allah" Dalam Bible BM

  NR       Sunday, January 13, 2013

MOHD. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz menunjukkan Bible yang mengandungi kalimah Allah selepas membuat laporan polis di Balai Polis Binjai dekat sini pukul pagi ini. Beliau diiringi 100 penyokong yang tidak berpuas hati terhadap tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 

KIRA-KIRA 100 penyokong Minda Pondok, sebuah NGO dianggotai beberapa sekolah pondok di negeri ini bersama guru-guru al-Quran dari kawasan Kubang Kerian hadir untuk membuat laporan polis berhubung isu kalimah Allah di Balai Polis Binjai dekat sini pagi ini.

KOTA BHARU 13 Jan. - Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai beberapa sekolah pondok di negeri ini bersama guru-guru al-Quran dari kawasan Kubang Kerian, membuat laporan polis berhubung isu kalimah Allah yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Binjai dekat sini kira-kira 9.45 pagi dan dihadiri hampir 100 penyokong yang tidak berpuas hati terhadap tuntutan Guan Eng itu supaya kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat kenyataan Guan Eng yang dakwa beliau, telah menyentuh sentimen agama umat Islam selain kemungkinan ada agenda lain di sebalik tuntutan tersebut.

"Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat. Jadi sekiranya tidak ada sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa, tidak mustahil keadaan akan menjadi semakin keruh.

"Malah, tidak mustahil juga ia boleh menimbulkan rusuhan antara agama dan huru-hara yang berpanjangan di dalam negara di mana rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN
logoblog

Thanks for reading Sekolah-Sekolah Pondok di Kelantan Buat Laporan Polis Mengenai Tuntutan "Allah" Dalam Bible BM

Previous
« Prev Post

No comments: