Thursday, January 31, 2013

Telefon Bimbit, Komputer Riba Hilang Dalam Kelas

  NR       Thursday, January 31, 2013
KUCHING: Beberapa pela­jar Tingkatan Enam sebuah sekolah menengah di Jalan Setia Raja membuat laporan polis mendakwa kehilangan telefon bimbit dan komputer riba di dalam kelas mereka pagi semalam.

Insiden tersebut hanya disedari oleh kesemua mangsa selepas selesai perhimpunan sekolah sekitar jam 7 pagi semalam.

Menurut sumber, pencuri dipercayai memasuki kelas tersebut menerusi beberapa cermin tingkap yang telah dirosakkan.

Antara yang dilaporkan hilang adalah lima telefon bimbit pelbagai jenama serta dua komputer riba.
Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.


logoblog

Thanks for reading Telefon Bimbit, Komputer Riba Hilang Dalam Kelas

Previous
« Prev Post

No comments: