Thursday, January 31, 2013

Tiga Pelajar baling Bom Petrol Direman

  NR       Thursday, January 31, 2013

SIBU: Tiga pelajar sekolah menengah yang ditahan polis kerana membaling bom petrol (molotov cocktail) ke arah rumah rakan sekolah mereka direman selama tiga hari mulai Ahad lalu.

Dalam kejadian di Jalan Lada pada jam 2 pagi Khamis lalu, tiga remaja lelaki, kesemua mereka berumur 17 tahun dipercayai membaling molotov cocktail ke arah rumah pengadu kerana salah seorang daripada mereka (pemilik motosikal) tidak berpuas hati dengan ganti rugi yang dibayarnya.

Difaham sebelum itu pengadu telah meminjam motosikal salah seorang daripada tiga rakan sekolahnya yang meminta ganti rugi kerana mendakwa pengadu telah merosakkan mo­tosikalnya.

Selepas pengadu enggan membayar, pemilik motosikal memberitahu hal tersebut kepada ibu pengadu yang ke­mudiannya hanya membayar RM100.

Tidak berpuas hati dengan bayaran tersebut, pemilik motosikal membawa dua rakannya untuk bertindak mem­baling molotov cocktail ke arah rumah pengadu.

Dua daripada bom tersebut meletup dan merosakkan sebuah kereta dan sebahagian daripada bumbung rumah pengadu.

Bertindak daripada maklumat, pihak polis di Balai Polis Lanang bertindak memberkas seorang daripada mereka pada tengah hari Sabtu lalu manakala dua lagi rakannya ditangkap dua jam kemudian.

Polis berkata kesemua empat remaja terbabit tinggal di kawasan perumahan Jalan Lada.

Pihak polis percaya jenayah kek­erasan tersebut tercetus selepas mangsa mengembalikan motosikal yang dipin­jamnya daripada salah seorang daripada mereka.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis.

- UB
logoblog

Thanks for reading Tiga Pelajar baling Bom Petrol Direman

Previous
« Prev Post

No comments: