Tuesday, February 05, 2013

4,000 Pelajar Kelas Pertama Belum Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

  Pengajar.Info       Tuesday, February 05, 2013
TEMERLOH, 17 Jan : Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.

"Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang termaktub dalam surat perjanjian pinjaman," katanya kepada pemberita di siniKhamis.

Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian pinjaman. - BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 4,000 Pelajar Kelas Pertama Belum Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Previous
« Prev Post

No comments: