Sunday, February 03, 2013

60 Pelajar Universiti Harvard Menipu Dalam Peperiksaan Dihukum

  NR       Sunday, February 03, 2013


New York: Sekurang-kurangnya 60 pelajar di Universiti Harvard digantung pelajaran, manakala yang lain dikenakan tindakan disiplin dalam satu skandal penipuan besar di institusi tersohor Amerika Syarikat itu. 

Dekan Fakulti Sains dan Sastera, Michael Smith memberitahu kakitangan dan pelajar di universiti berhampiran Boston itu bahawa lebih separuh kes sedang disiasat menyebabkan pelajar berkenaan diminta tidak berada di kolej untuk sementara. 

“Dalam kes lain, ada yang dikenakan tindakan disiplin, manakala selebihnya tidak dikenakan sebarang tindakan,” kata Smith dalam satu e-mel ke semua kampus. 

Pelajar yang diminta tidak berada di kampus untuk sementara waktu dilaporkan antara dua hingga empat semester. 

Ketika skandal mula terbongkar dan diketahui ramai pada Ogos lalu, pentadbir Harvard berkata i 125 pelajar disyaki berpakat menjawab peperiksaan akhir. 

Plagiat 

Universiti berkenaan berkata, ramai pelajar mungkin bekerjasama menjawab soalan atau melakukan plagiat membabitkan rakan sekelas mereka ketika peperiksaan akhir kursus masing-masing. 

Harvard di Cambridge, Massachusetts adalah sebuah daripada universiti eksklusif dunia dengan pelajar membayar AS$63,000 setahun (RM189,000) untuk mengikuti pengajian selepas melalui proses kemasukan yang sengit. 

Smith menyifatkan skala insiden penipuan terbabit sebagai paling ramai setakat ini menyebabkan proses perubahan sedang dirangka untuk menggalakkan integriti akademik dan pemahaman lebih mendalam isu itu dalam kalangan penghuninya. 

“Kita semua boleh lakukan yang lebih baik,” katanya dalam e-mel. 

Presiden Majlis Siswazah Harvard, Tara Raghuveer, berkata siasatan kes berkenaan berlangsung terlalu lama hingga menjadi topik hangat. 

Katanya, ada pelajar memulakan pelajaran semester baru tanpa mengetahui sama ada dibenarkan menamatkan kursus.

Sumber: Telegraph
logoblog

Thanks for reading 60 Pelajar Universiti Harvard Menipu Dalam Peperiksaan Dihukum

Previous
« Prev Post

No comments: