Tuesday, February 05, 2013

Bas Sekolah Hangus Terbakar di R&R Temerloh

 Bas sekolah ini hangus seratus peratus ketika pemandunya berhenti di R&R Temerloh untuk berehat, pagi semalam

TEMERLOH, 4 Feb - Sebuah bas sekolah musnah sama sekali dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 11.20 pagi, semalam, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh dari arah Temerloh ke Kuala Lumpur.

Ketua Balai Bomba Temerloh, Hashnuddin Hussein berkata, tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian di Kilometer 131.9 itu kerana bas tersebut tidak membawa penumpang.


Katanya, pemandu bas terbabit memberhentikan kenderaannya untuk berehat di R&R Temerloh.


Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 11.23 pagi daripada pemanggil Mohd Termizi Abdul Aziz yang melihat kebakaran tersebut.


“Anggota bomba dan penyelamat yang terdiri daripada enam orang dan sebuah jentera kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi pada jam 11.41 pagi.


“Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, bas tersebut didapati telah musnah tetapi tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan,” katanya.

- SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...