Thursday, February 07, 2013

Dua Lagi Kampus UiTM Dibina di Pahang


MARAN 5 Feb. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus berkembang di Pahang menerusi pembinaan dua kampus terbaharu di Raub dan Kuala Lipis.

Rektor UiTM cawangan Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Abdul Rahman berkata, setakat ini terdapat dua kampus beroperasi di negeri ini iaitu di kampus Kuantan dan Jengka.

Menurutnya, pembinaan kampus di Raub yang dijangka siap pada 2015 itu dapat menampung sebanyak 3,000 penuntut dengan menawarkan program ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda dalam kursus tertentu.

"UiTM Pahang akan terus berkembang maju dalam sektor pendidikan apabila terdapat cadangan membina satu lagi kampus baharu di Kuala Lipis tidak lama lagi," katanya selepas majlis Pemakaian Pangkat Komander Badan Beruniform di padang kawat UiTM kampus Jengka, di sini baru-baru ini.

Jelasnya, ketika ini cawangan universiti itu di Pahang mempunyai lebih 10,000 penuntut dalam pelbagai bidang pengajian di Kampus Jengka dan Kampus Kuantan.

Katanya, kemudahan prasarana turut diberi keutamaan di Kampus Jengka dengan menambah 4,000 katil kepada penghuni kolej kediaman yang dijadual siap pada awal 2016 selain menaik taraf Kompleks Sukan Jengka.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...