Thursday, February 07, 2013

Naib Canselor USIM, Dr Asma Dikurnia DSDK Oleh Sultan Kedah

SEREMBAN 5 Feb. - Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, baru-baru ini.

Darjah kebesaran tersebut yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada beliau sempena hari keputeraan baginda yang ke-85 pada 20 Januari lalu.

Dr. Asma yang memulakan tugas di USIM pada 1 Disember tahun lalu merupakan wanita pertama yang menerajui universiti tersebut dan merupakan Naib Canselor ketiga selepas Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.
Dalam majlis itu, sebanyak 60 orang lagi turut menerima darjah kebesaran sama.

Antara penerima DSDK yang lain ialah Datin Tunku Marina Tunku Annuar; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim; Ahli Dewan Negara, Senator Muhamad Yusof Husin; Pegawai Daerah Langkawi, Harun Jasin; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim dan Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar Laksamana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...