Monday, February 04, 2013

Ops Mahir: Pelajar Jadi Paderi Ditahan

  NR       Monday, February 04, 2013
Anggota Imigresen menahan warga Nigeria yang menyalahgunakan pas pelajar dengan menjadi seorang pastor di sebuah gereja pada ‘Ops Mahir’ semalam.  

Rakyat Nigeria salah guna pas buka gereja tanpa kebenaran

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Nigeria ditahan selepas didapati menyalahgunakan pas pelajarnya dengan menjadi seorang pastor di sebuah gereja tidak berdaftar di Taman Connaught, Cheras di sini, semalam. 

Enam lagi rakan senegaranya turut ditahan kerana didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah selepas anggota Jabatan Imigresen Kuala Lumpur membuat pemeriksaan mengejut menerusi Ops Mahir di gereja terbabit jam 12 tengah hari semalam.

Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata pemeriksaan itu dilakukan selepas menerima aduan dan maklumat awam berhubung wujud aktiviti mencurigakan di premis terbabit.

“Berikutan aduan itu, Unit Risikan menjalankan pemantauan di lokasi terbabit selama dua minggu untuk memastikan aktiviti yang berlaku di premis yang tidak mempunyai papan tanda itu.

“Hasil pemeriksaan itu terbukti premis itu bukan saja digunakan sebagai tempat ibadat tanpa kelulusan bahkan pastor yang juga warga asing turut menyalahgunakan pas pelajar,” katanya semalam.

Selesai dengar khutbah
Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, ada lebih kurang 30 pengikut yang baru selesai mendengar khutbah di gereja terbabit dan kebanyakan mereka adalah warga Nigeria, termasuk dua wanita tempatan.

“Ketika pemeriksaan, enam daripada mereka didapati tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Siasatan awal juga mendapati pastor terbabit menyewa premis berkenaan yang boleh membuatkan 50 orang serta menyediakan kelengkapan termasuk kerusi, pentas ceramah, serta alat muzik,” katanya.


Jalankan siasatan

James berkata, pihaknya akan menyiasat dari mana pastor terbabit mendapat dana, termasuk kemungkinan dibiayai aktiviti penggubahan wang haram.

Semua warga Nigeria berusia antara 27 hingga 38 tahun itu ditahan di Depoh Tahanan Pejabat Imigresen Kuala Lumpur dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). 
 
- BH

logoblog

Thanks for reading Ops Mahir: Pelajar Jadi Paderi Ditahan

Previous
« Prev Post

No comments: