Friday, February 01, 2013

Pelajar SMK King Edward VII Cedera Parah Disambar Petir

  NR       Friday, February 01, 2013
 Hanesh ditemani ibu dan bapanya, R. Sokalingam ketika masih dirawat di hospital. Dia dibenar pulang hari ini.

TAIPING – Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII di sini cedera parah apabila terkena petir sewaktu bermain bola di padang kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Bapa mangsa, P. Ravindran, 50, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak sekolah kira-kira jam 5.47 petang yang menyatakan anak bongsu, R. Dheenesh Kumar, 17, terkena panahan petir.


Menurutnya, difahamkan ketika kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu bersama seorang lagi pelajar sedang bermain bola di padang dan lima lagi pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun sedang duduk sambil melihat anaknya bermain.


“Semua mereka mengalami sedikit kecederaan dan ada juga yang pengsan selepas terkena panahan tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Taiping, di sini hari ini.

- SH
logoblog

Thanks for reading Pelajar SMK King Edward VII Cedera Parah Disambar Petir

Previous
« Prev Post

No comments: