Friday, February 01, 2013

Tambah Guru Dalam "Buku Jingga" Pakatan Pembangkang Tidak Relevan

  Pengajar.Info       Friday, February 01, 2013

Kuala Lumpur: Peningkatan mutu pendidikan guru dan menambah jumlah guru terlatih yang disenaraikan dalam Buku Jingga, tidak relevan dengan perkembangan semasa kerana dasar dan program itu sudah dilaksanakan kerajaan secara berterusan.
Dalam merealisasikan ‘Janji Ditepati’, Kementerian Pelajaran melaksanakan pelbagai program termasuk peluasan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf).

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata untuk pengambilan terkini pada 17 Disember lalu, seramai 2,938 guru pelatih J-Qaf ditempatkan di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Pendidik berkenaan mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) selama 18 bulan untuk memperoleh Diploma Pendidikan.

“Mereka kemudian ditempatkan di sekolah bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa,” katanya kepada BH di Institut Integriti Malaysia (IIM) Jalan Duta, di sini, semalam.

Pakatan pembangkang, dalam Buku Jingga antara lain menyenaraikan peningkatan mutu pendidikan bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

Buku Jingga turut menyenaraikan agenda memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah daif di pedalaman Sabah dan Sarawak yang selama ini sudah dilaksanakan Kerajaan Pusat. 

Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bersama, Persatuan Guru Sabah dan Sarawak, William Gani Bina, berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan di dua negeri itu termasuk membaiki sekolah daif di pedalaman. 
 
- BH
logoblog

Thanks for reading Tambah Guru Dalam "Buku Jingga" Pakatan Pembangkang Tidak Relevan

Previous
« Prev Post

No comments: