Saturday, July 20, 2013

Kumpulan Interhill Anjur Majlis Beri Bantuan Kewangan Kepada 13 Pelajar Penan Lanjut Pelajaran Ke IPT

  Pengajar.Info       Saturday, July 20, 2013
KUCHING: Kumpulan Interhill akan menganjurkan majlis penyampaian anugerah dan jamuan tengah hari bagi menyerahkan bantuan kewangan kepada 13 pelajar Penan.

Ia merupakan pengiktirafan atas kejayaan kecemerlang mereka termasuk seorang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, lapan orang (ijazah sarjana muda) dan empat orang (diploma).

Bantuan kewangan khas akan disampaikan kepada Elia Bit dari Miri untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Pengajian Media dan Maklumat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Cristie Sophie dari Bintulu pula akan melanjutkan pengajian keperingkat ijazah sarjana muda dalam Penyelidikan Alam Sekitar di Universiti Malaya.

Selain itu, Malvin Yong juga dari Bintulu melanjutkan pengajian diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik di Politeknik Kota Kinabalu.

Madau Rarak dari Long Bangan, Baram melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan.

Majlis berkenaan akan berlangsung di Hotel Pullman, Kuching pada 3 Ogos (Sabtu) bermula jam 10.45 pagi hingga 12 tengah hari.

Sumber: Utusan Borneo


logoblog

Thanks for reading Kumpulan Interhill Anjur Majlis Beri Bantuan Kewangan Kepada 13 Pelajar Penan Lanjut Pelajaran Ke IPT

Previous
« Prev Post

No comments: