Saturday, August 03, 2013

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sebagai Jurulatih Sukan

IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44
 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA 

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau 
warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan 
untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan 
Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail 
Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan Sekolah 
Sukan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah.

Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan.

Cara Memohon
i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang 
boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my atau 
www.moe.gov.my/bsukan mulai 30 Mei 2013.
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen 
sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran 
paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan 
kepada:

Pengarah 
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 & 7 , Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya
iii. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul 
surat permohonan.
iv. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos
2013 (Jumaat).

Catatan :Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk 
temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari 
tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak 
berjaya.

Muat Turun Iklan PDF >> KLIK SINI !!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...