Sunday, September 29, 2013

7 Pelajar Sekolah Menengah Curi Alat Elektronik Dihukum Lima Sebatan Rotan


KENINGAU: Tujuh pelajar sekolah menengah di daerah ini dihukum lima kali sebatan rotan ringan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana bersalah mencuri peralatan elektronik.

Bagi kes pertama tiga daripada kanak-kanak yang terlibat mengaku bersalah di hadapan Majistret Norhamizah Bte Shaiffuddin kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyan 457 Kanun Keseksaan antara tarikh 21 hingga 22 Nov 2011.

Pegawai Pendakwa, Insp Ramona Albert memberitahu Mahkamah kejadian curi ini berlaku di sebuah sekolah Menengah di Daerah Keningau melibatkan barang-barang iaitu satu unit LCD jenama Epson,satu beg jenama Boor, satu wayar penyambung suis lektrik, dua alat pateri dan satu kemeja berwarna oren.

Para pesalah kanak-kanak ini berumur dalam lingkungan 17 tahun dan masih bersekolah dan kejadian berlaku semasa kanak-kanak tersebut sedang menduduki peperiksaan SPM dan pada masa rehat sementara menunggu subjek peperiksaan yang seterusnya.

Hukuman lima kali sebatan rotan ringan bagi setiap seorang pesalah yang dijatuhkan pada hari tersebut adalah untuk tiga orang pesalah remaja manakala tiga lagi pesalah lain, saman belum dapat diserahkan.

Bagi kes kedua, seorang pesalah kanak-kanak berumur 15 tahun turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Norhamizah Bte Shaiffuddin kerana melakukan kesalahan mencuri pada sekitar jam 10 malam pada 29 Julai 2013.

Menurut Ramona, pesalah kanak-kanak ini bersama seorang dewasa dan seorang lagi yang masih bebas telah mencuri tiga buah amplifier dan satu mikrofon di sebuah masjid di Daerah Keningau.

Hukuman lima kali sebatan rotan ringan untuk kesemua pesalah tersebut akan dijalankan pada 21 Okt 2013.

Sumber: New Sabah Time, Budhi Rahmad 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...