Thursday, October 24, 2013

14 Tahanan Juvana Lelaki di Sekolah Henry Gurney, Keningau Larikan Diri


KENINGAU: Seramai 14 tahanan juvana lelaki Sekolah Henry Gurney dekat sini dipercayai melarikan diri kira-kira jam 6.00 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Robert Salisip @ David berkata, menurut laporan penyelia yang bertugas di blok orentasi sekolah berkenaan mendapati tahanan terbabit tiada dalam blok penginapan.

Katanya, tahanan juvana terbabit yang berasal dari Keningau, Kota Belud, Semporna, Tawau dan Lahad Datu Sabah, Bandar Miri, Badung dan Belaga Sarawak menggunakan kain dan kayu mop untuk mematahkan grill dan keluar memanjat dua lapisan pagar dawai berduri dengan beralaskan kain selimut.

Ketua Polis Daerah itu ketika dihubungi kelmarin berkata, usaha mengesan semua tahanan juvana yang lari sedang giat dijalankan oleh polis IPD Keningau dan pihak penjara.

Beliau berkata, sehingga petang kelmarin (Ahad) tiga daripada mereka berjaya ditangkap.

Tahanan yang melarikan diri itu terdiri dari Ab. Malik b. Abdul Bustan. L/17 thn, bajau, A/ Kg. Innabah Kamal Semporna, Ajun b. Abdullah,L/15 thn, Kagayan, A/ Jln Bt. Sapi, Sandakan., Mohd Hairil Faizal L/15 thn, Suluk, A/Kg. Berundung, Papar, Jainal bin Omar,L/18 thn,b/tidung, A/Tanjung Bt. Laut, Tawau, Muhamad Safudin bin Roseman, L/16 thn, A/bt. 14 Sandakan Sabah, Azwar Anas b. Amran, L/16thn, bugis, A/Kg. Membelua Tawau, Junytor b. Jaukin, L/15thn, dusun, A/ Kg. Langkap Tiung, K. Belud dan. Abdul Wafi Singgan, L/18thn, dusun, A/ Kg. Tungkutus, K. Belud.

Yang lain ialah Evenas Dryyan b. Epol, L/18thn, murut, Kg. AmbualKGU, Muhammad Dahlan b. Ikhwan, L/19thn, melanau, Kg. Badung Sarawak, Wasian Achop AK Sangalang, L/17thn, iban, Bandar Miri Sarawak, Allenwin AK Ucau, L/17thn, Iban, Kg. Tungku, Lahad Datu, Edmond AK Jimmy, L/16thn, Bidayuh, A/ Kuching Sarawak dan Agustin Robert Siting, L/19 thn, Kayan, A/ Belaga Sarawak.

Sumber: New Sabah Times, 21/10/2013


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...