Thursday, October 31, 2013

470,395 Calon Duduki SPM Bermula 6 November 2013 (Rabu) Depan

  NR       Thursday, October 31, 2013

Kuala Lumpur: Seramai 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 6 November hingga 5 Disember ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semalam daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan. 

Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon sekolah menengah agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 22,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat. 

“Seramai 30,863 petugas peperiksaan sudah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” kata kenyataan itu.
logoblog

Thanks for reading 470,395 Calon Duduki SPM Bermula 6 November 2013 (Rabu) Depan

Previous
« Prev Post

No comments: