Sunday, October 27, 2013

Kursus Jangka Pendek Projek LINK Kimpalan Arka Tinggi Kemasukan Jan 2014 di SMV Miri Kini Dibuka

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) kini mempelawa pemohon-pemohon bagi mengikuti Kursus Jangka Pendek Projek LINK Kimpalan Arka Tinggi selama setahun.

Kursus di Sekolah Menengah Vokasional Miri tersebut mengalu-alukan pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di peringkat asas dan pertengahan atau telah tamat mengikuti kursus dalam bidang kimpalan di Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau di institusi-institusi lain.

Kursus itu diadakan mulai bulan Januari sehingga November 2014 dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Antara syarat lain yang ditetapkan bagi kemasukan untuk mengikuti kursus jangka pendek itu ialah pemohon hendaklah tamat tingkatan 5 dan berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2014.

Borang permohonan boleh didapati di semua pejabat pendidikan daerah, SMT serta SMV.

Borang yang telah diisi lengkap oleh pemohon hendaklah dihantar ke alamat Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petra Jaya 93050 Kuching selewat-lewatnya pada20 November 2013.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...