Sunday, October 20, 2013

Pengambilan Pelajar Baru Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasukan Sesi Januari 2014


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan memasuki IKBN di seluruh negara bagi pengambilan sesi Januari 2014.

Pengambilan IKBN bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan. Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi atau lebih dikenali sebagai UPU.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.


Bidang Pengajian
  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan
  • Syarat Umum
Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Permohonan

  • Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Permohonan Kemasukan ke IKBN.

  • Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai bidang kursus, sijil dan tahap, tempoh kursus, pusat IKBN yang menawarkan kursus, kelayakan akademik dan sinopsis kursus di laman web eKBS atau Senarai Kursus sebelum membuat permohonan.

  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya.

  • Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN.

  • Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga).

  • Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan tidak termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke IKBN sesi Januari 2014 ini ditutup pada 31 Oktober 2013.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...