Tuesday, November 05, 2013

Gabenor Jakarta, Joko Widodo Berpendapat Pelajar SD, SMP Belum Layak Guna Telefon Bimbit

JAKARTA - INDONESIA. Gabenor Jakarta, Joko Widodo berpendapat, pelajar di peringkat Sekolah Dasar (SD) hingga Sekolah Menengah Pertama (SMP) belum layak menggunakan telefon bimbit.

Menurutnya, pelajar pada usia itu masih belum cukup memiliki wawasan dan pemahaman yang luas soal fungsi telefon bimbit.

“Komunikasi memang penting  tapi tidak untuk anak SD atau SMP. Belum tiba waktunya mereka itu menggunakan telefon bimbit,” katanya di Balaikota, Jakarta Pusat, hari ini.

Jokowi telah melakukan komunikasi kepada Dinas Pendidikan agar menimbang semula tentang pemilikan telefon bimbit peribadi oleh pelajar SD atau SMP di Jakarta.

Penggunaan telefon bimbit sering disalah gunakan pelajar.

Di sebuah SMP, tujuh pelajar terlibat pembuatan video lucah melalui telefon bimbitnya.

Sumber: Liputan.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...