Saturday, December 28, 2013

Penempatan Graduan DPLI-GSTT Sarawak Boleh Disemak Mulai 31 Disember 2013



1. Bagi Graduan DPLI GSTT yang telah menhadiri temuduga khas pada 22 Oktober 2013 di UNIMAS dan telah menerima surat tawaran pelantikan sila semak penempatan anda melalui panggilan telefon di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) bermula Selasa (31 Disember 2013) dan Khamis (2 Januari 2014).

2. Nombor yang perlu dihubungi adalah 082-473473 , Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) dan hubungkan kepada unit Sekolah Rendah ATAU Sekolah Menengah. Seelok - eloknya hubungi pada 31 Disember kerana Isnin (30 Disember) pihak JPN Sarawak masih mengemaskini padanan opsyen guru dan sekolah penempatan. Beri mereka sedikit masa dan ruang untuk kelancaran proses ini.

3. Pekara yang harus anda tanya ketika menghubungi JPN Sarawak ialah
i. Tanya nama anda ada atau tidak dalam senarai penempatan Sarawak 2014 melalui nombor kad pengenalan.
ii. Tanya di Daerah / PPD dan Sekolah anda ditempatankan
iii. Tanya tarikh diarah melapor diri di Sekolah.

4. Menurut maklumat dari pegawai Sektor Pengurusan sekolah ada dua fasa Penempatan bagi guru di Sarawak. Pertama . 1st Batch (tidak ramai) akan melapor diri pada awal Januari bagi mengisi kekosongan kritikal dan opysen kritikal di sekolah. 2nd batch akan melapor diri pada 16 Januari (ini maklumat yang diberi , tarikh boleh berubah bila - bila masa atas kehendak KPM). Bagi nama yang 1st batch anda kan diberitahu ketika menghubungi JPN nanti. Surat akan dipos ke alamat rumah dan PPD/ Sekolah penempatan.

5. PENTING!!! PENTING !!! . Maklumat ini diperolehi melalui perbualan hubungan telefon dengan pegawai Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sarawk. Sehingga entri / post ini ditulis maklumat ini adalah sahih. KPM boleh membuat perubahan pada bila - bila masa , untuk maklumat lanjut dan terkini sila layari laman portal KPM www.moe.gov.my dan hubungi nombor JPN Sarawak 082-473473.

6. Ini untuk penempatan bagi GSTT Sarawak , JPN negeri lain saya tidak tahu. Kita berdoa agar semua urusan perlantikan kita dipermudahkan dengan memudahkan pekerjaan orang lain , sentiasa bersangka baik , berfikiran positif , berlapang dada dan yang paling penting redha di hati.

** Sila panjangkan info ini untuk rakan - rakan yang lain takut terlepas maklumat. Maklumat lanjut sila ke group GSTT Sarawak

Terima Kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...